Nak simpan 10% setiap bulan tapi tak tahu nak simpan di mana? Nak simpan duit untuk tempoh 10 tahun dengan kadar pulangan yang lebih baik?
Faktor utama yang perlu anda ambil kira adalah kadar keuntungan yang diterima mestilah boleh mengatasi kadar inflasi di Malaysia setiap tahun.
Kami kongsikan beberapa tempat terbaik untuk anda menyimpan!
1. Amanah Saham Berhad (ASB)
Dua cara untuk anda menyimpan dalam ASB ini adalah sama ada melalui simpanan terus ke akaun ASB atau melalui pembiayaan bank.
Pembiayaan bank untuk akaun ASB ini adalah lebih menguntungkan kerana dividen yang diterima lebih baik dan tinggi. Selain itu, kaedah ‘forced saving’ ini juga sangat membantu, jika anda ni jenis yang susah sangat nak simpan duit.
PENTING: Satu perkara yang anda perlu fikirkan adalah pembiayaan ASB ini akan meningkatkan komitmen anda dengan pihak bank. Jika anda terlepas bayaran beberapa bulan kepada pihak bank, rekod anda di CCRIS mungkin kurang baik.
2. Tabung Haji
Akaun tabung haji anda bukan sahaja boleh menyimpan, malah boleh mendaftar nama untuk menunaikan haji. Deposit permulaan juga sangat rendah iaitu RM2.00 sahaja.
Untuk buka akaun, anda boleh pergi ke cawangan Tabung Haji, Bank Islam atau Bank Rakyat dengan hanya menggunakan kad pengenalan anda sahaja. Jika anda mahu daftar untuk haji pula, deposit yang diperlukan adalah sebanyak RM1,300 dan jumlah ini tidak boleh dikeluarkan.
Dividen dan bonus yang diberikan untuk simpanan tabung haji ini adalah antara 5% hingga 6.5%.
Kadar anak muda bankrap naik 178%. Mana silapnya?
3. Unit Trust
Unit trust atau amanah saham merupakan pelaburan yang memberikan kadar keuntungan yang lebih tinggi untuk satu tempoh yang lama. Namun, pelaburan ini juga sering dianggap satu bentuk simpanan dengan pelan simpanan setiap bulan.
Untuk buka akaun unit trust ini, anda perlukan RM500 sebagai deposit awal dan boleh buat simpanan sebanyak RM200 setiap bulan. Terdapat tiga (3) cara untuk anda melabur dalam unit trust iaitu sama ada melalui akaun 1 KWSP, secara lump sum dan juga potongan setiap bulan (Regular Saving Plan).
Jika anda masih baru bekerja dengan umur 25 tahun, anda mungkin boleh ambil pelan RM200 setiap bulan untuk tempoh 30 tahun untuk dijadikan sebagai dana persaraan anda.
4. Emas
Harga emas jika dibandingkan ketika 10 tahun lepas telah meningkat dengan baik untuk satu tempoh jangka masa yang panjang.
Emas juga boleh dijadikan pelaburan jangka masa panjang kerana sifatnya yang kalis inflasi tetapi sukar untuk ditunaikan. Anda juga perlu menyimpan sendiri emas fizikal tersebut dan menjaganya dengan baik.
Anda boleh menyimpan dengan simpanan serendah 1 gram setiap bulan mengikut kepada bajet simpanan anda. Selain itu, anda juga boleh buka akaun emas di bank yang menawarkan akaun tersebut. Ini lebih mudah kerana anda tidak perlu memegang emas fizikal tersebut.
Sumber : Duitkertas.com
Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.
Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.
