Jangan Terlalu Kongsi Kisah Bahagia Di Media Sosial, Ini Sebabnya!


Media sosial tu bagus, lebih-lebih lagi untuk berhubung dengan rakan dan keluarga. Di media sosial itu lah tempat anda kongsikan foto, video dan cerita.

Anda berhak kongsikan apa sahaja di media sosial anda. Tapi, jika berlebih-lebihan sebagai contoh terlalu kongsikan kisah bahagia rumahtangga di media sosial, boleh membawa padah.

Nak tahu macam-mana ianya boleh berlaku? Jom tengok!

1. Tak sedar buka aib pasangan sendiri

Biasalah dalam rumah tangga pasti ada selisih faham. Berkongsi hal-hal ‘hujan ribut dalam rumah tangga’ bukan je tak matang tetapi juga biadab. Anda dan suami ada ahli keluarga. Ingat, jika anda ni jenis tak malu tak apa, tapi ingat la orang lain sama.

2. Tak hargai orang depan mata

Sekarang ni telefon tu lebih penting dari orang tersayang. Tengah makan sibuk dengan telefon, tengah borak pun sibuk dengan telefon. Lama-lama hubungan boleh jadi renggang.

3. Undang perang dingin

Dunia siber adalah dunia tanpa kawalan. Sebagai contoh, anda muat naik gambar di media sosial. Tapi, bagaimana jika bekas kekasih anda atau bekas kekasihnya komen gambar tersebut? Mesti anda dan pasangan akan fikir bukan-bukan dan terjadi pergaduhan.

4. Hadir orang ketiga dalam rumah tangga

Ini yang paling bahaya. Banyak kes dimana rumah tangga yang runtuh kerana media sosial. Di luar anda boleh pegang lengan suami supaya tidak digugat gadis lain. Tapi tidak di media sosial. Jaga-jaga, mana tahu lain yang jadi.

Sumber



Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.


Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.

Download

Related Posts :