Berangan Lebih, Produk Kecantikan Nak Beli Panggung Wayang


Tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan bersama produk kecantikan lain, nampaknya produk Satin Skinz juga bercita-cita untuk membeli panggung wayang sebagai salah satu langkah promosi produk mereka.

Bagaimanapun, tindakan pemilik berkenaan yang memuatnaik gambar beserta penjelasan tentang perkara tersebut mendapat cemuhan dari sesetengah warga laman sosial yang menyifatkan tindakan mereka tersebut tidak masuk akal selain merendahkan keupayaan pemilik produk tersebut.

3-berangan-lebih-produk-kecantikan-nak-beli-panggung-wayang-hanasuva

Sementara itu dalam masa yang sama, ada juga mereka yang menyokong tindakan berkenaan dan memandang positif apa yang dilakukan oleh pemilik Satin Skinz tersebut.

Tidak dapat dinafikan, bukan mudah untuk sesuatu produk untuk mencapai tahap sebegini malah daripada insiden sebegini juga mencerminkan sendiri bagaimana masyarakat kita yang mudah mempertikaikan penat lelah insan lain.

4-berangan-lebih-produk-kecantikan-nak-beli-panggung-wayang-hanasuva

Produk Satin Skinz ini adalah milik suami isteri (Iskandar & Mimi), bermula dari 2014 lagi dan turut mempunyai rangkaian produk kecantikan termasuklah suplemen, skincare, jamu, dan macam macam lagi.

Sehingga laporan ini ditulis, tidak dapat dipastikan sama ada usaha pasangan ini untuk membeli panggung wayang tersebut akan diteruskan setelah menerima kritikan dan hentaman di laman sosial.

Usaha kami untuk mendapatkan sebarang kenyataan daripada pemilik produk tersebut juga gagal.



Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.


Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.

Download

Related Posts :