Bila berbicara tentang hal berkaitan babi, sudah tentu ia menjadi perkara yang begitu sensitif bagi umat Islam.
Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan makanan yang menjadi darah daging. Namun, penjualan menu berasaskan daging haiwan tersebut bukanlah salah dari segi undang-undang di negara ini.
Sebaliknya, seorang netizen dilihat cuba membangkitkan isu perkauman dan agama bila memuat naik gambar sebuah food truck yang menjual burger babi.
Secara jelas penjual meletakkan label burger babi di situ, dan ini menunjukkan ia memang tidak dijual kepada orang muslim.
Lainlah jika ia menggunakan taktik tertentu untuk menarik perhatian pelanggan dari kalangan muslim untuk membelinya.
Dengan kapsyen berbunyi, "Di Selangor sekarang foodtruck jual burger babi pun dah lulus.." sebenarnya ia sama sahaja dengan gerai atau restoran yang menjual menu babi.
Ternyata hal ini mendapat respon negatif daripada netizen lain yang menyelar perbuatan cuba membangkitkan isu perkauman.
Kesimpulannya, bukan semua perkara itu relevan itu diviralkan. Lebih-lebih lagi isu yang menyentuh perihal keharmonian negara. Apa kata anda? Salahkah menjual babi di tepi jalan di Malaysia?