Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor Dibuka Bermula 1 hingga 30 Ogos 2016


Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor merupakan pembiayaan dalam bentuk pinjaman tanpa faedah untuk anak-anak Selangor yang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama di universiti awam dan swasta dalam negara.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
SYARAT-SYARAT AM
Syarat-Syarat Permohonan 
Keterangan 
Kelahiran 
Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau 
Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau 
Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung. 
Peringkat Pengajian 
Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ) / luar kampus (PLK) / A Level / O Level / sijil - sijil profesional / pelajar Kolej Vokasional seluruh negara adalah tidak layak memohon)
Penajaan 
Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja 
Pencapaian Akademik 
Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan
Tahun Pengajian 
Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN/ diberi tempoh pelanjutan pengajian. 
SYARAT AKADEMIK
Peringkat Pengajian 
Kelayakan Akademik 
Ijazah Sarjana Muda Pertama 
Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas; atau 
Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau 
Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM
Diploma 
Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau 
Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas. 
Sijil (IPTA) 
Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM
Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja
Memperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM
Iklan Tawaran 
Hebahan melalui laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor 
Hebahan melalui laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor http://tkwbns.selangor.gov.my 
Kaedah Permohonan 
Permohonan adalah secara online sahaja di Portal rasmi TKWBNS 
Tarikh Permohonan 
Permohonan dijadualkan dibuka seperti berikut: 
Sesi Pertama: 1 - 28 Februari 
Sesi Kedua: 1 - 30 Ogos 
Temuduga 
Pemohon yang mengemukakan permohonan lengkap dan layak akan disenarai pendek untuk temuduga. 
Temuduga dijadualkan dalam tempoh 2-3 minggu selepas tarikh tutup permohonan. 
Pemohon yang tidak dipanggil temuduga di anggap tidak berjaya 
Tawaran 
Hanya pemohon yang disokong panel dan mencapai markah minimum yang ditetapkan akan ditawarkan pembiayaan. 
Keputusan tawaran akan diumumkan dalam tempoh 2-3 minggu selepas selesai urusan temuduga. 
Semakan Temuduga / Keputusan 
Hebahan panggilan temuduga dan tawaran dibuat melalui portal rasmi TKWBNS. Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk membuat semakan dari semasa ke semasa
Urus Setia tidak bertanggungjawab di atas sebarang masalah yang timbul akibat daripada kegagalan pemohon untuk membuat semakan sendiri. 
Kuota Penerima 
Kuota 1,500 peminjam sahaja setahun. 
Purata jumlah permohonan yang diterima adalah 6,000 pemohon setahun. 
Kriteria Pemilihan 
Mengisi dan memuatnaik semua dokumen permohonan ke dalam sistem dengan LENGKAP. 
Memenuhi semua syarat kelayakan memohon. 
Menghadiri temuduga dan mendapat sokongan panel temuduga 
Mencapai markah minimum jumlah keseluruhan merit yang diambil kira. 
Pemohonan yang memenuhi semua Syarat Kelayakan Memohon TIDAK SEMESTINYA ditawarkan pinjaman. 
  
KADAR PINJAMAN
Peringkat PengajianKadar Pinjaman (Setahun)
Ijazah Perubatan (Perubatan/Pembedahan/Pergigian/Veterinar)RM7,000
Ijazah Sarjana MudaRM6,500
DiplomaRM4,900
SijilRM4,000
Kadar ini adalah terpakai bagi pengajian di institusi awam dan swasta.
* Pelajar Ijazah Perubatan yang mempunyai pembiayaan PTPTN adalah layak untuk memohon.
* Pelajar selain Ijazah Perubatan tidak dibenarkan mempunyai 2 penajaan dalam satu masa.

KAEDAH PEMBAYARAN PINJAMAN KEPADA PELAJAR
Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun Bank Muamalat Pelajar.
Pelajar yang berjaya ditawarkan Pinjaman Pelajaran adalah diwajibkan membuka akaun Bank Muamalat.
Pembayaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun, mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan oleh Urus Setia.
Download