Kak Mawar muncul dan popular selepas video iklan mempromosikan produknya dikecam gara-gara memaparkan aksi 'ghairah' dan jelek di mata netizen.
Daripada satu video, Kak Mawar beralih kepada video seterusnya dengan aksi 'henjut' yang membuatkan ramai menempelak imej Kak Mawar yang bertudung tidak mencerminkan sebagai seorang wanita Islam.
Justeru, daripada video berkenaan Kak Mawar telah mendapat banyak kecaman dan dituduh sebagai pondan atau bapok. Betul ke Kak Mawar bukanlah wanita tulen seperti imej yang dipamerkan sekarang?
Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook, Sham Suzana tampil menyatakan dia mengenali kak Mawar yang merupakan seorang 'nyah' ketika bekerja di pasaraya Jusco. Benarkah dakwaan tersebut? Sejauh mana kebenarannya?
Bagi merungkai spekulasi ini, wajah Kak Mawar sebenarnya begitu mirip dengan pengasas kecantikan yang pernah menajdi sensasi suatu ketika dahulu iaitu, Sri Wani Choo Abdullah.
Jadi, janganlah ada lagi yang menyatakan Kak Mawar 'henjut' ini pondan atau bapok dan seangkatan dengannya ya. Mungkin suaranya ala-ala serak basah begitu disalah erti pula oleh netizen. Tapi, ramai yang berharap agar Kak Mawar melakukan promosi produk beliau dengan 'bersih' lagi 'suci'. Tak naklah terlajak 'over', produk pun laku nanti