Kehidupan berumah tangga tidak pernah menjamin sebuah kebahagiaan yang kekal hingga ke akhir hayat.
Soal kesetiaan menjadi masalah besar kepada sesetengah golongan suami pada zaman sekarang. Ramai yang mudah lupa pada si isteri yang sentiasa bersama disaat kesusahan. Apabila sudah mula hidup senang dan mempunyai banyak harta, saat ini lah lelaki akan diuji dengan pelbagai ujian besar seperti godaan wanita.
Jika tak kuat iman atau sememangnya jenis "miang keladi", ini lah yang membuatkan terjadinya kes curang dan lebih teruk hingga terjadinya penceraian. Kesian si isteri dan anak-anak kerana menjadi mangsa kepada sikap "lupa diri" sesetengah suami.
Perkongsian dari saudara Redzuan Abd Manaf di laman Facebooknya sangat mendalam maksudnya untuk direnungi oleh para suami. Jom baca.
Jadilah lelaki yang cukup dengan satu. Jangan ikot sangat gelora/gelodak nafsu tu.
Ingat pesan abang, kita kaum lelaki ni akan diuji saat pakai kereta Mercedes, Ferrari, Lambhogini dan BMW. Saat duit kita berkepuk-kepuk dalam Maybank2U. Masa ini miss universe, miss world, dan miss pondan datang berhimpit kita berpusu-pusu.
Masa ni jugak kita akan lupa siapa kita dulu-dulu. Janganlah jadi lelaki dungu. Tolong ada sedikit perasaan malu. Tolong cerdik sikit dan fikir gunakan otak Allah berikan itu.
Ingat empat perkara ini:
- Ingat adakah betina nak datang masa kita pakai kereta Datsun baulu?
- Adakah betina yang pandang masa kita pakai seluar buruk lusuh tu?
- Adakah betina yang sentiasa doakan kita tidak mengira waktu?
- Adakah betina tanya abang sudah makan atau belum tu?
Sekiranya tidak ada, guys, tolong buka mata luas-luas dan hargai wanita mana yang ada semasa kita susah dulu, Hadiahkan mereka dengan kesetiaan dan apa yang mereka mahu. Bukan hadiahkan mereka dengan isteri baru.
Perempuan ni paling alergik dengan madu. Kita sebagai lelaki jangan jadi macam Dato Red tu, jadilah macam Dato Najib setia dengan Datin Rosmah sejak dari dulu! Even depa berdua ni perangai macam hantu.
Kepada para suami, sayangilah isteri anda sepenuh hati kerana isteri adalah amanah yang diberikan oleh Allah s.w.t untuk dijaga dengan sebaiknya.