Melalui laporan daripada BH Online, seorang penyanyi rock telah ditahan polis seketika kerana didakwa telah memukul kekasihnya yang merupakan anggota kumpulan ZiaBella, Shazia Mohd Rozaini.
BACA: Aweera: Drama Edry KRU Raih Simpati Di AJL 29 Menjadi
“Benar, dia memukul saya dengan teruk. Saya sudah tidak boleh menerima keadaan ini, menyebabkan saya membuat laporan polis. Dia juga ditahan seketika. Bagaimanapun, dia dilepaskan dengan syarat dirinya tidak boleh lagi dekat dengan saya ataupun keluarga”
“Dia juga takkan ada sebarang kaitan lagi dengan saya. Jika tidak, kes ini akan di bawa ke mahkamah,” katanya kepada kepada laman berita tersebut sambil menjelaskan tidak boleh bercerita lebih lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan polis.
“Saya bercinta dengannya lebih sembilan tahun dan tak sangka pula begini pengakhirannya. Tetapi saya percaya setiap kejadian ada hikmahnya. Walaupun bukan mudah, saya akan terus pandang ke hadapan dan tidak mungkin akan kembali kepadanya semula,” jelasnya.
Selain itu, Shazia atau Zia yang popular menerusi lagu Unfollow Hatiku bersama kumpulan Ziabella menyifatkan insiden berkenaan sebagai pengajaran buat dirinya. (rtky/s)