Walaupun kini kisah cinta di antara mereka berdua sudah pun berlalu, namun pelakon lelaki berbadan sasa, Zul Ariffin mengakui bahawa bekas kekasihnya, Gayatri Su-Lin Pillai turut memberikan amaran kepadanya.
BACA: Gayatri: Saya Tidak Perlu Jaja Cerita Untuk Raih Simpati
“Saya akui memang Gayatri ada memberikan amaran kepada saya, tetapi ia lebih kepada peringatan supaya saya menjaga diri dan cuba mengelak daripada menjadi bahan gosip”
“Bukanlah hendak kata, tetapi selepas ini saya tudak lagi bersikap terbuka jika ada yang mahu bertanyakan kisah cinta, tetapi biarlah berpada-pada,” katanya dipetik kepada BH Plus.
Tambah Zul, jika tidak terkawal dengan cerita panas dan gosip, perkara tersebut pastinya akan menganggu apa-apa proses promosi yang sedang dijalankan yang melibatkan dirinya. Apa pun, ramai peminat Zul menantikan selebriti pujaan mereka ini mendirikan rumahtangga. (rtky/s)