Fahrin Ahmad Bakal Bergelar Bapa?


Umum mengetahui pasangan romantis, Fahrin Ahmad dan isteri, Elana Hani telah berkahwin awal Mei tahun lalu namun setakat ini masih tiada kedengaran berita isterinya hamil. Tetapi menerusi satu kepsyen di Instagram Fahrin Ahmad semalam, ramai membuat spekulasi bahawa beliau mungkin bakal menjadi seorang bapa nanti.

BACA: Fahrin Ahmad Nafi Desak Isteri Berhenti Kerja

Screen Shot 2016-04-15 at 10.27.32 AM

Dalam kepsyen berkenaan, Fahrin Ahmad meminta maaf kepada isterinya kerana terpaksa bekerja jauh bersama Aidid Marcello di Manchester. Pada masa yang sama, Fahrin Ahmad turut menyatakan rasa sedihnya kerana terpaksa berpisah dengan isterinya dan bayi yang sedang dikandungnya.

Selepas kepsyen misteri itu dimuat naik, ruangan komen mula dibanjiri dengan ucapan tahniah dari peminat mereka yang sudah tidak sabar menunggu berita gembira tersebut diumumkan oleh Fahrin Ahmad sendiri. Jadi, jika benar marilah kita sama-sama menantikan jawapan Fahrin Ahmad mengenai khabar angin ini.

Apa pun jika betul isteri Fahrin Ahmad hamil, tahniah kami ucapkan kepada pasangan merpati sejoli ini. Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan urusan. Harap-harap rumah tangga Fahrin Ahmad dan isteri bertambah ceria selepas kehadiran cahaya mata nanti. (rkty/w)

1- Fahrin Ahmad Bakal Bergelar Bapa? - jpeg 2- Fahrin Ahmad Bakal Bergelar Bapa? - jpeg 3- Fahrin Ahmad Bakal Bergelar Bapa? - jpeg 4- Fahrin Ahmad Bakal Bergelar Bapa? - jpeg 5- Fahrin Ahmad Bakal Bergelar Bapa? - jpeg 6- Fahrin Ahmad Bakal Bergelar Bapa? - jpeg
Download