Gambar barang peninggalan MH17, lokasi amat mengerikan



Beberapa wartawan menyifatkan keadaan di lokasi nahas membabitkan pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh oleh puak pemisah pro-Rusia di sempadan Ukraine-Rusia pada Khamis terlalu mengerikan.

"Ini merupakan satu bencana yang nyata. Mustahil untuk difahami," tulis Noah Sneider, seorang wartawan bebas yang berada di lokasi nahas dalam Twitternya.

Menerusi Twitternya @NoahSneider, beliau menyifatkan suasana awal pagi di lokasi nahas amat menyayat hati dengan banyak mayat bergelimpangan dan serpihan pesawat yang berkecai.
Malah, penduduk setempat menyifatkan insiden itu sebagai amat menakutkan kerana 'segalanya berkecai di udara'.



















Mayat tercampak di Ladang Bunga Matahari

Mereka pada mulanya menjangkakan kawasan penempatan mereka dibom.

"Saya tidak pernah melihat insiden seperti ini," kata seorang pemberontak di wilayah itu kepada Noah.

"Anda boleh lihat tangan, telinga dan tulang berselerakan di kawasan nahas," tulisnya.

Sementara itu, seorang lagi wartawan bebas, Harriet Salem berkata lebih menyedihkan apabila anggota bomba menandakan lokasi mayat penumpang yang ditemui di sekitar kawasan ladang jagung dengan kayu atau reben putih.

"Anggota bomba bekerja sehingga ke malam di tapak nahas #MH17 sementara pemberontak bersenjata mengawal kawasan tersebut.

"Penduduk berkata mereka berada dalam ketakutan," tulisnya menerusi akaun Twitter @HarrietSalem.
Sabrina Tevernese menerusi laporannya dalam New York Times berkata, terdapat beberapa mayat yang masih sempurna tetapi dengan kesan luka di muka dan badan yang berada disebalik serpihan pesawat walaupun ia terjatuh dari jarak 30,000 kaki.

Beberapa penduduk setempat mendakwa terlihat mayat mangsa terjatuh dari udara sebelum pesawat itu terhempas di ladang jagung berhampiran penempatan mereka. Mstar, Dailymail



Download