Raphael Ariano, 3, setia menunggu kepulangan datuknya yang masih hilang dengan pesawat MAS MH370 sejak 8 Mac lalu.
"Where is my grandpa, nanny?" Itulah persoalan yang diajukan cucu Patrick Francis Gomez setiap kali terkenang ketiadaan datuknya.
Ia adalah persoalan yang tidak mampu dijawab neneknya.
Patrick merupakan penyelia pesawat MH370 yang hilang lebih 100 hari sejak 8 Mac lalu. Cucu tunggal lelakinya, Raphael Ariano, berusia tiga tahun sejak kebelakangan ini sering bertanyakan mengenai datuknya.
Isteri kepada Patrick, Jacquita Gonzales hampir buntu kerana masih tidak mampu memberikan sebarang jawapan kepada cucunya. Hampir di suatu ketika katanya, akibat terlalu rindu Raphael akan mengambil telefon pintarnya dan terus mendail nombor Patrick.
"I want my grandpa, jika dia ada dia boleh temankan saya," itulah ayat yang sering diulangi Raphael kepada keluarganya.