70an , kawan-kawan sepermainan adalah rakan-rakan sekampong,rakan-rakan mengaji.Maklum masa tu tengah budak-budak...serba serbi indah.
Lagi la kalau musim cuti sekolah.
Main. Main. Main.
Main masak-masak, polis sentri, galah panjang, konda kondi, teng teng, main cikgu-cikgu,main bola selipar, kawin-kawin... dan macam-macam jenis permainan lah yang dimainkan.
Bergaduh, nombor satu. Tengok kawan lain bergaduh pun best jugak.
Apa jadi lepas bergaduh?
Tak kawan lah.
Lepas tu cari geng yang tak kawan juga dengan 'kawan yang dah jadi tak kawan tu'.
Huurmm...maniskan?
Tapi kalau kat zaman sekrang istilahnya panggil, Unfriend.
Saya ni baru je tahu, padahal benda yang hendak ditulis ini sudah berrmula sejak 2 tahun lepas di Amerika, bumi kelahiran Facebook. Kebanyakan dari kita kini punya akaun Facebook serta punya beratus kenalan di dalamnya.
Dan menjadi trend di sana sekarang, setiap 17 November, mereka menjalankan misi Unfriend kenalan di Facebook.
Kenapa ya?
Kerana pengasas hari Unfriend Day ini merasakan kenalan yang melebihi 150 orang adalah rakan-rakan palsu (fake friends).
Berbalik pada persoalan Unfriend tadi..
Dalam sedar tak sedar ramai diantara kita sebenarnya telah pun diunfriendkan..kenapa saya kata?
Contoh terdekatnya sayalah..
Tanpa sebab musabab yang pasti saya diunfriendkan gara-gara blog ini...rakan lama unfriend saya,bukan setakat unfriend tapi block terus...saya baru terperasan sejak 2 hari lepas...puncanya saya cari ,sebab nak bertanyakan beberapa resepi,dan baru saya perasan...nama dan segala-galanya tentang rakan saya ini hilang!!
Maaf..entry saya panjang...
So..bagaimana saya mahu menjernihkan semula situasi tegang ini,saya bukan jenis orangnya suka bergaduh...bukan senang nak menjawab diakhirat nanti...
Bagaimana jika ingin kembali kepada nilai persahabatan yang asli semula?.
Ini Bukannya persahabatan yang terbina kerana terpaksa,Kami dah lama berkawan....sejak alam persekolahan lagi..
Kalau tak suka artikel2 dalam blog saya...hide kan saja la,jangan like...rasanya tak perlu lah sampai unfriend...tapi itu kata saya,..
lagipun rasanya semua artikel saya tidak bermaksud untuk siapa2 pun..tapi kalau terasa,maaf lah...bukan dengan cara memutuskan silaturahim
Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa sekarang saya tak update lagi blog..
.mungkin ini adalah salah satu sebabnya..
Andai rakan saya ini ada terbaca coretan(andai dia baca laa)...saya menyusun sepuluh jari andai dia suami isteri terasa apa-apa dengan kandungan dalam blog saya....
Jadi Bagaimana seterusnya?
Terpulang. Terpulang pada niat dan kehendak kita bila menerima permintaan rakan baru dalam senarai rakan di FB. Friend atau Unfriend, itu semua pilihan masing-masing.
Terpulang. Terpulang pada niat dan kehendak kita bila menerima permintaan rakan baru dalam senarai rakan di FB. Friend atau Unfriend, itu semua pilihan masing-masing.
Dan satu je..jangan susah hati lagi sebab saya mungkin tidak akan update lagi blog ini....
Maaf juga untuk Abang Waazin...saya jarang updated blog ni...(hari ini saya bongkarkan rahsia...)
Pesan Ustaz Haron Din ....menakutkan saya
Nauzubillahhiminzalik...