1. Wanita yang melahirkan anak-anak dengan waktu kelahiran yang unik
Seorang ibu di Michigan bernama Barbara Sopher, meraikan ulang tahun anak perempuannya, Cearra pada tarikh 10, bulan 10, tahun 2010 (10/10/10), diikuti dengan anak lelaki yang lahir pada tarikh 9, bulan 9, tahun 2009 (09/09/09), dan seorang lagi anak perempuan yang lahir pada tarikh 8, bulan 8, tahun 2008 (08/08/08).
Memang sungguh benar-benar aneh, namun Barbara mengaku bahawa dia dan suaminya tidak pernah marancang untuk kelahiran anak-anaknya yang unik itu.
2. Bayi yang lahir jam 1:11 pada 01.11.2011
Seorang wanita di Minnesota melahirkan tepat pada jam 1.11 a.m, selasa, 11 Januari 2011. Mereka melihat pada jam setiap detik peristiwa kelahiran anak perempuan mereka.
3. Saudara kembar yang melahirkan di hari dan di hospital yang sama
Amy Gilbert dan Allison Oliverio yang keduanya berusia 25 tahun, keduanya sama-sama melahirkan di hospital yang sama di bilik bersebelahan. Proses melahirkan mereka juga diuruskan oleh doktor yang sama.
Amy melahirkan bayi yang dinamakan Claire, dan Allison melahirkan bayi bernama Garret. Beza waktu perkahwinan mereka berjarak 6 bulan.
Mereka mengaku bahawa mereka tidak merancang untuk hamil bersama. Dan uniknya, beza kelahiran anaknya berbeza waktu 14 minit, beratnya 14 pound, dan ukuran tubuhnya 14 inci.
4. 5 Anggota keluarga yang dilahirkan pada tarikh yang sama
Sungguh benar-benar mengejutkan, 5 anggota dari satu keluarga lahir pada tarikh yang sama. Yang paling muda bernama Mila, yang lahir pada tarikh 29 Mac 2010.
Keunikan ini dimulai 70 tahun yang lalu oleh Anita Marshall, diikuti dengan anak perempuannya serta cucu-cucunya yang memiliki tarikh kelahiran yang sama dengan dirinya.
5. Wanita yang melahirkan dengan pembedahan caesar yang dilakukannya sendiri
Ines Ramirez adalah satu-satunya wanita yang diketahui melakukan pembedahan caesar sendiri ketika proses melahirkan anaknya. Saat itu malam sudah tiba, klinik terdekat berjarak 80 km, sementara suaminya sedang berada di kantin dan tidak ada telepon untuk menghubunginya.
Di saat itu, ibu beranak 6 berumur 40 tahun itu terbaring di kursi kayu, dia mengambil alkohol dan sebuah pisau dan mulai memotong perutnya. Dengan disinari lampu seadanya, dia mulai mengiris sampai ke dalam uterus dan menarik bayi laki-laki dari dalam perutnya.
Setelah memotong tali pusat bayi, akhirnya dia pengsan, dan setelah sedar kembali, dia menutup luka di perutnya dengan sweater dan menyuruh anak lelakinya yang berusia 6 tahun untuk meminta pertolongan.
Beberapa jam kemudian, seorang pembanti kesihatan datang dan membawanya ke klinik dengan perjalanan selama 2 jam.
6. Wanita yang melahirkan 3 jam setelah mengetahui dia hamil
Belinda Waite, 21, telah beberapa kali datang ke hospital tempatan selama 9 bulan terakhir dan dia diberitahu bahwa dia memiliki gangguan kehamilan yang serius.
Kenyataannya, dia sedang mengandung seorang bayi perempuan yang sihat. Pada tarikh 6 Februari 2010, malam sebelum Louise lahir, Waite pergi ke hospital dengan kesakitan di seluruh tubuhnya.
Pada jam 10 malam, doktor mengesahkan bahwa ia hamil 3 bulan, tapi faktanya dia hamil 9 bulan, dan Louise tiba 4,5 jam kemudian pada 2:30 a.m.
Miss Waite tinggal bersama pasangannya Wayne Boyles, 28, ketika ia bergegas ke tempat kerja. Bayi anak perempuan mereka, Louise Boyles, lahir di rumah dengan bantuan Wayne, ibu Syliva.
7. Kembar yang lahir dengan jarak waktu 1 minit di tahun yang berbeza
Pasangan di Illionis Utara menyambut kelahiran anak perempuan mereka pada ketika minit-minit terakhir 2010, dan anak lelaki mereka di minit pertama tahun 2011.
bayi perempuan lahir pada jam 11.59 pm dan yang bayi lelaki lahir 1 minit kemudian. Ayahnya, Brandon Lewis, mengatakan bahawa salah seorang doktor mengira minit-minit pada kelahiran tersebut.
8. Seorang ibu yang melahirkan seorang anak, kembar, dan kemudian kembar 3
Seorang ibu dari New York bernama Natasha Wilson, pada awalnya melahirkan seorang anak, lalu tahun berikutnya melahirkan anak kembar.
Sebelum kelahiran ke-3, ibu Natasha sambil bergurau bahawa kehamilan berikutnya akan melahirkan kembar 3 (triplets).
Dan ternyata benar, tahun berikutnya Natasha melahirkan kembar 3. Keenam anak yang dilahirkannya semuanya lelaki, sementara Natasha berharap menginginkan anak perempuan.
9. Pasangan yang mempunyai kembar kulit putih dan kulit hitam, 2 kali
Pasangan campuran dari Inggeris ini mengalami kejadian yang cukup aneh, mereka mempunyai anak kembar, yang satu berkulit hitam meniru ayahnya dan satunya lagi berkulit putih meniru ibunya.
Dan kelahiran keduanya juga menghasilkan kembar yang sama dengan kes yang pertama. Pakar berpendapat, bahawa memiliki 2 set kembar yang berpenampilan berbeza merupakan kejadian yang sangat menakjubkan.
10. Wanita yang melahirkan bayi yang hampir seukuran dengannya
Seorang wanita bernama Stacey Herald yang berukuran 72 cm, melahirkan bayi perempuan berukuran 46 cm yang tidak jauh lebih kecil dari dirinya. Kehamilan membuat perutnya besar yang mengakibatkan tubuhnya kelihatan agak lucu.
"Jika saya berbaring, saya akan nampak agak pelik", katanya sambil tertawa. "Saya nampak seperti buah kentang dengan tangan dan kaki.", tambahnya.