Alhamdulillah setelah 2 bulan pulang ke Msia dan duk pergi-pergi interview, akhirnya dapat gak kerja….
Basically aku dah pernah attend a total of 7 interviews (3 di UK dan 4 di Malaysia):
UK (semua fail):
EPF - CIMB – Sime Darby
Malaysia (so far semua stage lulus atau x dpt result lagi):
AmBank (2 stage) – Affin Investment (5 stage) – Maybank (4 stage) – Public Bank (1 stage)
Since Public Bank je yang dah habis… Dan dah dpt offer letter pun…. jadi aku accept je since aku dah bosan duk umah 2 bulan dan nak cepat kerja untuk kumpul duit
But well as you can see… kat UK aku fail semua interview, down gile time tuh hahah…. Tapi bila kat Malaysia alhamdulillah semua lepas plak…. asalnya cuak gile kot…. sebab utk setiap bank tu yg apply utk position tu beribu-ribu org…. diorg plak nak dalam 5-8 org je -__-" (apakah?)….
namun alhamdulillah dpt gak… segala-galanya bagi aku sebab kurnia Allah, nak bagi aku down dulu, dan secondly sbb interviewer kat AmBank tu (first interview sejak kat msia)….
He was good… well at least the way he interviewed me was really good for a fresh grad like me…. sebab dia menjadikan aku tahu macam mana sebenarnya nak jawab soalan-soalan interview…. So aku pun terfikir nak share apa yg aku belajar… sbb bagi aku tips-tips yg selama ni aku baca serius tak membantu pun malahan misleading…. Dan interview ni macam exam… we need to know that they want to know
1) Face to face: ada tiga jenis
a) nak tau personality, attitude dan minat kita ini jenis interview paling common, tapi paling aku menyampah dan tak suka gak, basically kita kena promote diri kita berdasarkan apa pengalaman yg kita penah buat so cam kalo kita cite kita ni boleh kerja dlm team, kita kena cite arr pglmn kita kerja dlm team, apa kita buat dll… malahan kalo kita cite kita leader team tu, kalo kita xleh cite dgn baik apa peranan kita sbg leader, dia akn pndg kita hampeh je aku x suka sbb kena mempoyokan diri haha anyway jenis soalan utk interview ni sangat banyak… tp still aku ada beberapa tips nk share:
i) Bila cakap 'promote diri', bukanlah dengan kita cerita kita ni confident, kita ni boleh jadi ketua, kita ni sgt bgs ckp kat depan bla3 – jangan list 'kelebihan2′ kita – xde sape nak org yg bongkak sbg pekerja (lagi2 fresh grad) – kita 'promote' diri dgn cara kita cerita apa yg kita dah penah buat (boleh gak la nk cite ciri-ciri kita macam curious dll, tp bagi example la pastu)
ii) Jika ditanya pasal pengalaman kerja dalam team, it doesn't has to be something big (peringkat nasional ke apa2 dll, cite pengalaman jadi group leader time assignment pun dah cukup) – tapi yg penting kita perlu tau dua benda untuk dijawab, apa peranan kita dlm team tu (kalau ketua cite la apa mindset kita bagi kat team kita, camne kita delegate task dll) dan secondly apa masalah/halangan yg kita hadapi dan camne kita atasi/apa kita akn buat utk pembaikan jika diberi peluang kedua
iii) Pasal kelemahan diri kita, jangan cite kelemahan yg macam begitu crucial, instead citelah kelemahan yang boleh dibaiki, contoh macam masih x begitu confident untuk cakap dlm english – so citelah kita tgh cuba baiki dengan byk sembang dengan kawan dlm english ke atau pape – still… ianya bergantung gak apa position yg kita apply, kalo kita apply utk sales position, jgn arr bg klmhn ni, sape nk salesman yg x confident haha
p/s: ada org cite jwpn paling best adalah ckp diri kita perfectionist, but well… aku definitely bukan perfectionist, so x baik menipu haha
b) Dia nk uji kita pny knowledge, critical thinking dan minat Yg ni aku suka, lol…. aku penah ditanya pasal keadaan ekonomi skrg, keadaan stock market kat msia, knp pentingnya credit analysis dan apa information yg diperlukan utk analyse seseorg tu layak buat pnjman ke tidak Tapi jenis soalan yg dia boleh tanya sangat variety…. nasib baik, kita boleh jawab, kalau nasib malang, kita dapat soalan yang kita langsung takde idea…. kalau ianya pendapat, maka bagi jelah walaupun xde idea, tapi kalau ianya fakta, sila jawab tak tahu kalau tak tahu haha
c) Dengan future manager
Yang ni biasanya ada possibility yang tinggi untuk lepas…. juz make sure kita tahu roughly apa yang department tu buat, tunjukkan sifat eager untuk kerja dan belajar…. serta tunjukkan sifat yang baik…. Ianya sekadar untuk manager tu tengok dia nak tak kerja dengan kita…. Melainkan kita ni buat something yang teruk… insyaAllah boleh lepas arr
2) Test: ada dua jenis gak
a) Cubiks Test (verbal, numerical and reasonal test) – kalo verbal tu cam dia bagi financial case study, dan pastu ada soalan…. soalan dia xdelah susah sgt, kalo verbal tu kekadang juz jawab (true, false atau cannot say) je, kalau diberi masa yg lama, mmg boleh jawab (cuma kekadang confusing sket), yang numerical tu macam dia bagi graf ke, pie chart ke, dan tnylah soalan2 math dr situ (reasonal aku x ingat contoh dia) tapi yg jadi susahnya sbb dia ada time limit…. mengikut pglmn aku mmg kena buat secepat mungkin….ari tu maybank pny aku ambik, verbal 44 soalan, 20 minit, numerical 20 soalan, 25 minit… tapi mmg habis2 jawab tu adalah dlm 10 saat je tinggal haha… mmg rushing abis arr (lagi2 duk nervous… baca 2-3 kali baru faham case study) anyway ada jenis yg setiap 5 soalan ada time limit, ada yang time limit dia merangkumi semua soalan….tapi bagi aku yang paling penting…. jawab sehingga habis…. perhatikan time limit yang diberi…. sebab kadang-kadang tu soalan last-last senang berbanding soalan depan-depan….
b) Personality test
emmm dia macam kita kena ranking sifat kita, from most like me, to least like me…. dia cam ada 11 'soalan', dan setiap soalan tu cam ada sgt byk ciri2 dia macam…. "I love to analyse things', "I love numbers", "I want people to be diplomatic towards me" kalo macam affin investment, drpd 97 org yg ambik test tu, 60 org dia buang drpd personality test ni sahaja dan… ianya much better gak utk jujur je, sbb kalo jwpn kita x konsisten… samada kena redo atau akn fail
3) Presentation
byk jenis gak…. ada jenis yg kita diberi kertas mahjong, dan kena prepare dlm masa 15 minit…. ada plak yg kita diberi case study, dan ada soalan2… drpd soalan2 tulah point2 penting utk kita present…. ada plak yg dia bagi tajuk siap2, kita buat research, cari point2, dan pastu datang dan present ada individual, ada group, apa dia nk tgk pun berbeza…. yg knfm dia akn nk tengok presentation skill kita, tp bergntg kpd jenis….ada yg nk tgk kemampuan kita buat research ada nk tgk camne kita relate dgn apa kita blaja ada nk tgk critical thinking on the spot kita so…. bergantung arr kan
4) Assessment Program
Well, pernah sekali je aku pergi yang jenis ni, iaitu dengan Maybank. It can be from one day period to a maximum of 3 days… Yang aku pergi tu dia macam bagi case study, dan kita adalah manager untuk satu company tu…Basically kita akan dinilai secara all-rounder…. dari cara kita cakap, cara kita communicate dengan client/manager, cara kita dapatkan information daripada orang, daripada business and financial report, daripada meeting… cara kita tulis report, cara kita menghadiri meeting dan camne kita perform dalam satu meeting, cara kita present, cara kita menjawab soalan, cara kita bla bla bla banyak arh, mmg penat habis (lagi-lagi kalau pose zzz), dan biasanya org-org yang lepas sampai ke level ni mmg org2 yg power arr…. time dengan maybank tu aku rasa macam tersesat tempat sket hahah lol – sbb 4 org yg lain aku rasa cam sgt power haha (dah arr majoriti ada working experience dot dot) ah ye, so basically in a way ianya byk 'lakonan'…. which is again something I'm not very good with :|
5) Essay
ni biasanya first stage… ada yg bg satu soaln je ada yg bg byk soalan… tp basically biasanya dia nak tengok writing skill ko dan camne ko present your idea, matured ke tidak dll soalan dia pun beza2 jenis… ada yg suro tulis pasal diri kita, ada yg suro discuss perbezaan itu dan ini.
that's all….
sekarang ni kat Msia competition utk dapatkan kerja sangatlah ridiculous…. setiap position yg aku apply tu total applicants semua lebih dr 1,000 (ada 4,000+), tapi dia nak dlm 5-8 orang je :|
so…. kpd student kat UK, usahalah untuk dapatkan kerja dari kat UKEC fair, sbb gaji diorg serius tinggi berbanding majoriti kerja kat Msia sebab diorg GLC (yg mana diorang ni kalau apply direct majoriti mmg tak layan), dan competition pun much much much less compared to kat Msia….
p/s: bila sembang2 time tengah tunggu interview…. competitor utk position2 yg aku apply tu sgt byk dah mmg tgh kerja (ada working experience in financial field), ada yg dah ada MBA, dll…. so…. seriously, it's tough utk dptkn kerja kat msia….
sumber: http://izzuddinyussof.com