Anuar Zain Yakin Peminat Akan Beli Tiket RM888


Pembawa lagu Andainya Takdir, Anuar Zain kembali lagi dengan konsert yang bakal diadakan di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana pada 21 Januari 2017 nanti. Namun dalam masa yang sama, beliau akui harga tiket yang bermula dengan RM388 sehingga RM888 agak tinggi untuk peminat memandangkan keadaan ekonomi sekarang yang semakin mendesak.

BACA: Anuar Zain Akui Tidak Layan Instagram, Twitter

“Saya faham dengan ekonomi sekarang, orang akan fikir beberapa kali untuk membeli tiket dengan harga sebegitu tetapi saya yakin kepada orang yang dahagakan muzik live ia akan berbaloi. Lagipun saya percaya kepada penganjur dengan harga begitu pasti hasilnya nanti juga terbaik dengan susunan muzik yang hebat daripada pengarah muzik tersohor”

“Tambah pula dengan ekonomi dan duit kita yang jatuh ni membuatkan semua menjadi mahal. Tapi percayalah saya mahu semua peminat berhibur dan dekat dengan saya pada konsert itu nanti,” katanya kepada portal Astro Gempak mengenai konsertnya yang akan datang.

Konsert yang bakal berlangsung selama 90 minit itu menyaksikan penyanyi itu mendendangkan 14 lagu popular dari album terdahulu hingga kini. Malah persembahan istimewa pada kali ini juga merupakan kesinambungan promosi album terbaru Anuar. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan tiket boleh layari http://ift.tt/1bNLODv bermula 9 Disember ini. (rkty/w)



Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.


Mangsa sebenarnya tidak terjun jambatan??.

Download