Jika sebelum ini adik Neelofa, Ameera pernah memeriahkan industri pendidikan negara melalui pendapatnya di laman sosial, kini sekali lagi dia menarik perhatian kerana sudah membuka hijab.
BACA: Pakai Baju Jarang, Adik Neelofa Dikritik Oleh Pengikut Instagram
Tidak mahu tidak, sebagai adik selebriti terkenal, Ameera tidak dapat lari daripada perhatian pengguna laman sosial. Namun bersyukur juga kerana Instagram telah memberi pilihan kepada anda untuk menutup ruangan komen pada gambar gambar terbaru yang dimuatnaik.
Jika tidak, pastinya ruangan komen Ameera turut menjadi mangsa penilaian dosa oleh warga laman sosial di luar sana. Bagaimanapun, demi menyampaikan dakwah, ada pengguna laman sosial sanggup mencari gambar yang masih boleh dikomen. Sanggup.
Tidak diketahui pula mengapa Ameera kembali membuka tudung namun kami pasti hanya Ameera sahaja yang mengetahui apa yang dilakukannya adalah yang terbaik buat dirinya. Apa pun, semoga berita ini mampu menceriakan petang anda yang suram pada hari ini. (rtky/s)