Bukan mudah untuk memahami perasaan wanita kerana perasaan mereka sangat sukar untuk diramal.
Agak sukar untuk lelaki memahami kehendak sebenar seorang wanita.
Tetapi sebenarnya ada beberapa tips mudah untuk kaum lelaki, agar lebih peka dengan 5 perkara ini untuk mengelakkan daripada wanita kesayangan anda sentap dengan anda.
1. Lupa tarikh penting
Jangan bagi alasan anda terlalu sibuk dengan kerja jika anda lupa tarikh-tarikh penting seperti ulang tahun perkahwinan, hari lahir anak, hari lahir isteri dan sewaktu dengannya. Perempuan yang memahami tidak meminta hadiah yang mahal-mahal, tetapi cukup jika lelaki mengingati tarikh momen terindah.
2. Berkira duit
Mungkin tidak semua, tetapi memang wujud jenis lelaki yang terlalu berkira dengan adik-beradik pasangan. Bukan tidak mampu berkongsi, mungkin kerana terlalu cermat. Cuba ubah, sesekali belikan hadiah buat keluarga pasangan. Mesti hati pasangan lebih senang dan bertambah sayang.
3. Balik lambat
Lewat mana mahu pulang mungkin isteri tidak kisah kalau segala yang diperlukan sudah disediakan
oleh lelaki. Dan pastikan perempuan tidak keseorangan di rumah. Tetapi jika dapat isteri yang jenis tidak kisah, jangan pula lelaki ambil kesempatan balik lewat hingga ke pagi. Hidup berumahtangga kena fikir soal tanggungjawab dan keselamatan isteri.
4. Bohong dan alasan
Ramai lelaki yang memilih jalan untuk menjaga hati orang yang disayangi sehingga sanggup menipu. Ya, kadang-kadang bukan niat hendak berbohong, tetapi jalan ini juga boleh mengundang kemarahan perempuan dua kali ganda.
5. Abai nafkah
Tidak romantik mungkin tidak mengapa. Namun jangan pula lelaki abaikan nafkah kepada perempuan bergelar isteri. Mungkin wanita yang anda sayangi bekerja, tetapi nafkah tetap wajib berjalan seperti biasa, ya. Bagi yang Islam, pasti tahu hukum mengabaikan nafkah isteri dan juga anak-anak. Jadilah lelaki sejati untuk isteri anda yang lebih penting.