Untuk penghutang yang liat nak bayar hutang. Ambil langkah ini jika semua langkah berlembut dan diplomasi gagal. Jangan diamkan diri, ambil tindakan sewajarnya.
1. Hantar kad peringatan ke alamat rumah dan pejabat. Jangan hantar surat tapi hantar kad (macam poskad).
Tujuan biar orang lain pun boleh baca tuntukan tersebut.
2. Pergi ke tempat tinggal dan tuntut. Kalau dia tak ada rumah, tinggalkan pesan kepada sesiapa yang ada di rumahnya – bila dia nak bayar hutang dan tinggalkan kad (seperti no 1).
Tujuan untuk orang lain dalam rumah tu tahu yang si dia berhutang.
3. Pergi ke pejabat dia bekerja dan tuntut, tinggalkan pesan dan kad (seperti no 1) sebagai peringatan bila dia nak bayar hutang.
Tujuan, untuk rakan sepejabat tahu dia berhutang.
4. Cari pasangan (suami / isteri / BF/ GF) si dia kalau ada dan lakukan no 2 dan no 3 dan beri peringatan bila pasangan nak bayar hutang sebagai tekanan psikologi melalui pasangan.
5. Gunakan media sosial (sila tag mereka yang ada hutang dengan korang) atau buat posting ditujukan khusus kepada penghutang dan jika nilainya lebih besar , boleh juga buat iklan menuntut hutang di media sosial.
6. Cari anak penghutang (di sekolah atau di tempat kerja) dan kirim kad peringatan melalui anak penghutang.
Tujuan memberi tekanan psikologi.
7. Buat sepanduk tuntutan dan gantung depan rumah atau pejabat penghutang (gantung di tempat yang sukar di turunkan oleh penghutang).
Tujuan memberi tekanan psikologi melalui orang sekeliling.
8. Hantar kad peringatan kepada ibu bapa si penghutang.
9. Hantar kad peringatan kepada majikan si penghutang.
10. Lakukan langkah 1-9 dengan menggunakan notis tuntukan perundangan. Lebih berkesan jika menggunakan khidmat guaman.
11. Guna perkataan “sita”, “senarai hitam”, “muflis”, “saman”, “dosa”, “akhirat” dan sebagainya didalam kad peringatan atau notis tuntutan korang. Pandai-pandai la korang susun ayat
NOTA: Jangan lakukan sebarang tindakan keganasan atau merosakkan harta benda si penghutang. Ulang secara istiqamah sehingga hutang mula di bayar.