Pasangan Akim Ahmad dan Stacy AF yang baru sahaja berkahwin pada Februari lalu menjelaskan bahawa mereka berdua tidak menolak sekiranya dikurniakan anak dalam masa yang terdekat, walaupun mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing.
BACA: Akim Ahmad Batal Tunai Umrah Untuk Beraya Dengan Isteri
“Sangat teruja di usia muda ni cantik lah kita mempunyai anak dalam waktu ini ianya merupakan satu masa yang bagus. Kita tak merancang tetapi semuanya bergantung pada rezeki,” ujar Stacy dan Akim kepada Rotikaya.
Dalam pada itu, ini Akim memberitahu umrah yang dibatalkannya sebelum ini, mungkin ada hikmah di Sebaliknya dan mengharapkan sesuatu yang lebih baik di masa depan. Kemungkinan besar Akim berkata dia akan terus menunaikan haji sambil ditemani isteri ke sana suatu hari nanti.
“Mungkin ada sesuatu yang lebih baik. Sebelum nak pergi pun banyak perkara yang menghalang. Jadi tidak mengapalah. Lepas ini buat haji dan seelok-eloknya bawa Stacy bersama. Sebelum ini saya pernah ke sana juga pada tahun 2014 mengerjakan umrah bersama kedua-dua ibubapa saya,” jelasnya. (rtky/h)
via