Kecomelan beliau bukan sahaja menambat hati perempuan, malah kaum lelaki juga turut tertarik dengannya apabila pelawak terkenal, Abam Bocey mendedahkan beliau pernah diganggu oleh lelaki gila seks di laman sosial baru-baru ini. Individu terbabit bukan sahaja menghantar permintaan untuk menjadi rakan tetapi turut menghantar gambarnya dalam keadaan bogel.
BACA: Gadis Sabah Berjaya Pikat Hati Abam Bocey & Keluarga
“Saya sangat terkejut sebaik saja menerima gambar bogel lelaki terbabit di Facebook. Lebih menggelikan apabila dia cuba menggoda saya dan memanggil saya seksi. Tidak tahulah bahagian mana pada saya yang seksi. Walaupun kali pertama berlaku, ia sangat membimbangkan saya. Cerita ini pun saya kongsi dengan teman rapat saja sebelum ini”
“Selepas ini, saya akan pantau laman sosial saya dan akan lebih bersikap berhati-hati sebelum menerima sesiapa untuk menjadi rakan di laman Facebook,” katanya kepada Berita Harian Online bercerita mengenai dirinya yang yang pertama kali menerima gangguan dari seorang lelaki yang menghantar gambar bogel serta menggodanya di laman sosial.
Menyedari hakikat dirinya seorang selebriti, bagi membendung perkara menjijikkan itu berulang, Abam mahu bersikap lebih berwaspada dengan sesiapa yang ingin menjadi rakannya di Facebook sebelum menerima permintaan itu. Apapun, semoga Abam lebih berhati-hati selepas ini kerana perkara seumpama ini memang sering terjadi kepada sesiapapun lebih-lebih lagi selebriti. (rkty/w)
via