Gara-gara video gelek maut anaknya, pelakon yang sentiasa memuatnaik gambar lucu di Instagram, Kazar Saisi dicemuh warga laman sosial. Namun sebagai seorang bapa, Kazar mengakui bahawa dia sendiri sudah penat menasihati anaknya itu.
“Dah penat nasihat tapi biasalah jika tidak kena, dia tidak mahu dengar (nasihat). Sekarang dia sendiri sudah belajar dan menerima kesan atas tindakannya itu. Tapi saya anggap itu perkara biasa bagi seseorang yang sedang memalui zaman remajanya, saya tidak marah dia kerana kalau saya marah dia akan lebih tertekan dan lari rumah pula nanti”
“Apa yang dilakukan itu bukanlah terlalu teruk sehingga memalukan keluarga, perangai nakal remaja saya dahulu lebih teruk dari itu cuma zaman kami tiada media sosial sahaja,” jelasnya kepada mStar Online.
Justeru itu, Kazar memohon agar masyarakat tidak terus menghukum perbuatan anaknya itu dan memberi peluang kepadanya untuk menjadi manusia lebih baik. Apa pun, Kazar dan keluarga perlu tabah menghadapi perkara sebegini. Sekurangnya perkara sebegini tidak akan berulang lagi pada masa hadapan. (rtky/s)
Gambar Ihsan: Utusan Malaysia
via