Berikutan gosip yang mendakwa pelakon dan juga pengarah, Dira Abu Zahar telah pun bercerai dengan suaminya, selebriti tersebut melalui BH Online menafikan terjadinya perpisahan di antara mereka.
BACA: Dira Abu Zahar, Suami Bercerai?
“Tiada apa mengenai isu rumah tangga saya yang perlu dikecohkan kerana ia adalah perselisihan faham biasa saja,” katanya. Sebelum ini, Dira mengambil keputusan untuk berdiam diri sebelum menjelaskan keadaan sebenar.
Dira juga didakwa telah mengalami tekanan teruk hingga terpaksa dikejarkan ke hospital disebabkan kemurungan yang dialaminya. Dira dan suami telah pun mendirikan rumah tangga pada November 2011 dan belum dikurniakan cahaya mata.
Apa pun yang berlaku, semoga Dira tabah menghadapi dugaan yang melanda. Di setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaian yang terbaik buat kedua-dua pihak. (rtky/s)
via