“Pernah Terfikir Mahu Kahwin Lagi, Tapi Belum Bersedia”


Walaupun sudah bercerai kira-kira 2 tahun lalu, Sari Yanti akui selesa dengan kehidupan beliau yang sudah lama sendirian selain dapat menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pembesaran serta keperluan dua anak lelakinya. Pada masa yang sama, beliau juga dapat memberinya fokus kepada perjalanan kerjaya yang semakin baik kini.

BACA: Sari Yanti Sedar Dirinya Tidak Popular Mana

“Jujurnya saya sendiri tidak tahu sama ada saya sudah bersedia atau pun tidak untuk mendirikan rumah tangga lagi. Pada tahap kehidupan sekarang saya tidak terlalu memikirkan soal perkahwinan kerana saya sendiri begitu sibuk menguruskan keperluan anak-anak yang semakin membesar selain karier yang padat dengan pelbagai aktiviti”

“Ada saya terfikir tentangnya tetapi ia sekadar itu sahaja dan tidak terburu-buru pun hendak mencari pengganti. Insya-Allah jika ada jodoh pasti saya berkahwin dan menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Ilahi,” jelasnya kepada m Star Online apabila ditanyakan soal jodoh selepas 2 tahun hidup bersendirian bersama anak-anak.

Bagaimanapun, sebagai manusia biasa yang hidup sendirian bersama anak-anak, Sari akui kadangkala wujud perasaaan sunyi serta keinginan untuk hidup didalam suasana rumah tangga. Namun baginya, perasaan itu adalah perkara normal yang timbul apabila seseorang itu bersendirian, lama kelamaan ia akan hilang begitu sahaja.

Terdahulu, Sari Yanti dan bekas suami, Mohd Edy telah berkahwin pada 16 Januari 2009 namun membuat keputusan untuk bercerai pada penghujung 2014. Manakala hasil perkahwinan itu mereka tekah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Barr Al Aliy yang berusia 6 tahun, dan Basit Al-Haq berusia 4 tahun. (rkty/w)

1- %22Pernah Terfikir Mahu Kahwin Lagi, Tapi Belum Bersedia%22 - jpeg 2- %22Pernah Terfikir Mahu Kahwin Lagi, Tapi Belum Bersedia%22 - jpeg 3- %22Pernah Terfikir Mahu Kahwin Lagi, Tapi Belum Bersedia%22 - jpeg 5- %22Pernah Terfikir Mahu Kahwin Lagi, Tapi Belum Bersedia%22 - jpeg 6- %22Pernah Terfikir Mahu Kahwin Lagi, Tapi Belum Bersedia%22 - jpeg 7- %22Pernah Terfikir Mahu Kahwin Lagi, Tapi Belum Bersedia%22 - jpeg

via

MALANG TIDAK BERBAU. ANDA AKAN LEBIH MENYESAL jika perkara ini berlaku SELEPAS anda baca tentang kes ini tetapi TANPA MEMILIKI produk ini.

Download