Baju Raya Paling Cantik Di Dunia, Pesonakan Raya Mu Dengan Koleksi LosraVelda
Jika anda inginkan busana Raya lain dari yang lain dan buatkan ramai terpesona di Hari Raya nanti, kami ada jawapan untuk anda.
Baru-baru ini, jenama muslimah terkemuka LosraVelda melancarkan koleksi Raya mereka yang bertemakan “Pesonakan RayaMu”.
Serba sedikit tentang Losravelda
Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan luar biasa meskipun jenama ini baru menginjak setahun umurnya. Disangka penuh kemewahan dan kesenangan, siapa sangka jenama ini mempunyai naik turun dan pasang surutnya yang tersendiri selama keberadaan jenama ini di industri fesyen.
Salah satu cabaran yang terpaksa ditempuhi ialah apabila jenama ini melantik Elfira Loy sebagai model produk pada tahun pertama iaitu tahun 2015 sebagai anjakan paradigma yang meletakkan wajah gadis kecil molek itu sebagai muka rasmi Billboard di butik LosraVelda yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.
Isu ‘CAT MUKA’ beri impak besar
Pada awalnya, semuanya berjalan dengan lancar sehingga lah ke penghujung kontrak, dimana mereka sepatutnya menurunkan gamba tersebut tapi diatas masalah kewangan yang dihadapi, mereka mengambil mudah dan terus mengecat muka artis tersebut bagi memudahkan urusan yang akhirnya membawa impak buruk kepada jenama tersebut. Bukan itu sahaja, isu ini menjadi satu fenomena sehingga gambar tersebut menjadi viral dan di “re-tweet” lebih dari 1000 kali di laman rasmi Twitter masyarakat Malaysia.
Pengalaman adalah guru yang terbaik, pengalaman adalah segala-galanya. Apa yang telah terjadi dan kesusahan yang dihadapi sedikit sebanyak telah mengajar pemilik jenama “LosraVelda” ini untuk lebih berhati-hati dan berfikiran lebih jauh sebelum membuat sesuatu perkara pada masa akan datang.
Kembali dengan Koleksi Raya Paling Cantik & Harga Mampu Milik
Semua koleksi LosraVelda Raya 2016 ini adalah mesra menyusu dan wudhu serta mempunyai poket di bahagian kiri dan kanan setiap busana bagi memudahkan urusan harian si pemakai.
Apa yang pasti, apabila melihat koleksi LosraVelda Raya 2016 ini, ianya mampu membuatkan mata anda terpesona, hati tertawan dan “memikat” poket anda.
Mereka busana Raya yang bergaya moden tetapi masih mengekalkan kesopanan, koleksi LosraVelda Raya 2016 meliputi semua rekaan dari kurung moden, kebaya, jubah hingga ke tudung yang mementingkan keselesaan sepanjang hari dan dari segi penjagaannya.
Koleksi Raya LosraVelda 2016 ditampilkan dengan cetakan eksklusif dan moden glam iaitu AKELA, AZKA, NOURAH, ELORA, AMRA dan JAMIA.
Koleksi ELORA menampilkan koleksi abaya dan juga kurung dengan warna pastel dan corak bunga-bungaan yang menampilkan gaya ringkas, feminin dan elegan serta mengikut syariah Islam.
Koleksi AZKA menampilkan kurung moden yang berunsurkan corak cetakan Aztec tetapi masih mengekalkan gaya kesopanan yang tinggi.
Koleksi NOURAH direka khas untuk mereka yang inginkan busana yang menyerlahkan kelembutan serta kewanitaan. Berunsurkan warna yang lembut dan pastel yang bercirikan bunga-bungaan, koleksi ini membuatkan si pemakai bertambah manis dan ayu di Hari Raya nanti.
Koleksi AKELA ialah koleksi yang diinspirasikan dari corak dan abstrak yang moden dan mempunyai bunga-bungaan yang melengkapkan gaya tersendiri koleksi istimewa ini. Masih mengekalkan tradisi dengan mereka busana kebaya dan jubah yang bercirikan moden minimalis ini, ianya mampu mempesonakan Hari Raya anda.
AMRA bermaksud Puteri. Koleksi ini mempunyai auranya yang tersendiri yang mampu membuatkan si pemakai persis seorang Puteri Raja. Busana ini direka mesra menyusu dan berwudhu serta sesuai bagi wanita yang mengandung.
Koleksi JAMIA yang paling cantik di dunia ini bukan sahaja cantik dan menawan tetapi ianya mempunyai keunikan yang tersendiri. Bermotifkan Batik Bali dan Afrika, koleksi ini menyerlahkan keanggunan, keunikan dan membuatkan si pemakai tampak ringkas tetapi moden dan eksklusif.
Boleh dikatakan Koleksi Raya dari LosraVelda ini merupakan baju raya paling cantik di dunia. Bila baju cantik ni stock pun limited je. Harga pun sangat berpatutan bermula dari RM189-RM195.
Pada mereka yang ingin mendapatkan koleksi raya ini boleh kunjungi butik Losravelda di Seksyen 7 Shah Alam. Atau menempah menerusi online www.losravelda.com atau di laman Facebook mereka LosraVelda. Jika ada soalan-soalan yang menarik anda boleh juga whatsapp terus di talian 0176872447.
via