Wan Maimunah Akui Sedia Kahwin Lagi


Pelakon wanita vateran, Wan Maimunah akui dirinya masih berkeinginan untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi biarpun kegagalan perkahwinan terdahulu yang hanya mampu bertahan selama setahun lebih, banyak memberi tangisan air mata kepadanya. Namun beliau tetap bersyukur dengan segala ketentuan yang ditetapkan olehNya.

BACA: Wan Maimunah Kini Sudah Bercerai?

“Tidak malu untuk mengatakan pada umur sekarang, saya tetap mahukan seorang suami untuk menghabiskan sisa-sisa hayat yang ada. Alam perkahwinan itu bukan untuk orang muda sahaja, malah untuk setiap hamba-Nya yang sememangnya diciptakan berpasangan”

“Keinginan saya ketika ini adalah untuk mati atas pangkuan suami jika ajal saya sampai dahulu. Saya mahu jenazah dimandikannya. Itulah permintaan saya. Jika sebaliknya, begitulah yang ingin saya lakukan terhadap jenazah suami. Tiada lagi keinginan lain di kala waktu senja ini,” katanya kepada Utusan Online.

Jelas pelakon vateran itu lagi, setelah perkahwinan sebelum ini memberi pelbagai dugaan buat dirinya, beliau akui bahawa kehidupannya kini lebih bahagia walaupun bersendirian. Tambahnya lagi, buat umurnya ketika ini tiada apa yang didambakan selain mendapat pasangan yang mampu membimbingnya ke jalan Allah jika diizinkan berkahwin lagi. (rkty/w)

Gambar Ihsan: Utusan Online

Download