Baru-baru ini, Shaarnaz Ahmad menerusi ruangan komen pada salah satu gambar yang dimuat naik beliau telah membidas kenyataan salah seorang pengikutnya di Instagram yang berpendapat seolah-olah Scha Al Yahya adalah punca gandingan mereka kelihatan tidak serasi ketika mengacarakan program Gempak Superstar.
BACA: Shaarnaz Ahmad Nafi Pergi Kursus Kahwin Dengan Nabila
“Anda tak tau apa yg kami lalui di belakang apa yg anda lihat. Harap faham apa yg jadi itu bukan kami mintak, tak perlu kami jelaskan pada semua kenapa bnda itu jadi, cuma sesiapa dalam bidang ini akan pasti faham. So jangan mudah menghukum tanpa tau apa sebab. Ini bukan salah sesiapa cuma masalah taknikal dalam live show, cuba kaji”
“Terima kasih atas komen yg membina dan jugak meruntuhkan. InsyaAllah akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Saya budak baru belajar ambik monopod tolong jolokan dan selpikan. Kekurangan datang dari saya harap dimaafkan. Terima kasih @schaalyahya @faizalfbi76 atas tunjuk ajar dan support yg tinggi pada parpu penang ni,” katanya kepada Astro Gempak.
Gempak Superstar merupakan satu program realiti terbaru keluaran Astro yang berkonsepkan pertandingan nyanyian yang dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat tanah air yang bermula awal April lalu. Kesemua akan berentap di pentas utama setiap minggu bagi merebut gelaran juara. (rkty/w)