Selepas bekerjasama dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di dalam serbuan tudung tiruan jenama Naelofar Hijab baru-baru ini, Neelofa kini merancang untuk menggempur pengeluar kilang di Vietnam pula.
BACA: “Kami Tidak Rugi, Cuma Kesal Pengguna Tertipu”
“Saya sudah mendaftar hak cipta di sana. Sedikit masa lagi prosesnya akan selesai dan team kami akan melakukan rampasan di sana pula. Bagaimanapun kami tidak akan gempur peniaga disana, sebaliknya kami akan terus ke kilang yang mengeluarkan tudung tiruan Naelofar Hijab,” katanya kepada Astro Gempak.
Terdahulu, Neelofa bersama KPDNKK telah melakukan serbuan di sebuah butik pakaian di Gombak, serbuan juga turut dilakukan di Kajang yang dikesan turut menjual tudung ciplak jenamanya itu. Hasil serbuan juga telah berjaya merampas sebanyak 79 unit tudung palsu yang bernilai kira-kira RM7,000.
Pada masa yang sama, Neelofa turut meminta kepada para peniaga supaya menghentikan perniagaan haram itu kerana pihaknya sentiasa membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi rakan niaga produk mereka dengan menjadi stokis yang sah. (rkty/w)