Baru-baru ini kecoh apabila penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza menjual pakaiannya, kini selebriti jelita, Rozita Che Wan pula mengikut jejak yang sama. Pelbagai barangan berjenama ditawarkan menerusi peniagaan Online di Instagram milikya.
BACA: Tempah Baju Ukuran Kecil Rahsia Che Ta Kekal Cantik
“Saya ambil keputusan jual sahaja baju-baju, beg tangan dan kasut yang tidak dipakai kepada mereka yang berminat untuk menambah koleksi. Baju-baju itu masih elok dan semuanya saya pakai sekali sahaja, saya sudah pening kepala tengok pakaian tersebut kerana terlalu banyak”
“Paling murah hanya RM30 sahaja dan mahal pun dalam RM1,000 dan saya tidak ambil untung pun sebab memang ingin jual kepada siapa yang berminat menyimpannya. Manakala beg tangan mengikut harga berpatutan dan bersesuaian dengan jenama tersebut,” katanya kepada m Star.
Akaun Instagram, @prelovedbyrcw yang dibuka sejak enam bulan lalu bukan sahaja menjual barangan terpakai peribadi Che Ta, malah koleksi pakaian anak perempuannya, Aaishah Dhia Rana. Pelbagai jenama dari pereka fesyen tempatan dan juga baju kasual siap dijual. (rkty/w)