Hazama Akui Keinginan Untuk Kahwin Membuak Buak


Setela tiga tahun menjalin hubungan cinta, Hazama bagaimanapun tidak mahu terburu-buru untuk mengahwini kekasihnya, yang juga pemuzik, Genervie Kam. Malah menurut Hazama sendiri, melalui doa dan petunjuk, dia yakin bahawa Genervie merupakan pasangan hidupnya.

BACA: Hazama Tidak Paksa Kekasih Peluk Islam

“Seperti yang semua sedia maklum kekasih saya bukan beragama Islam jadi kalau hendak berkahwin bukan boleh tangkap muat dan buat keputusan macam itu saja. Perkahwinan bukan benda main-main. Walaupun kami sudah saling mengenali antara satu sama lain dan kedua belah keluarga juga memberi restu tapi banyak perkara yang perlu saya dan dia persiapkan sebelum berkahwin”

“Kalau ikut keinginan dan kemampuan, memang saya mahu berkahwin. Lagi pun, kawan-kawan yang rapat dengan saya termasuk Akim Ahmad juga sudah berkahwin jadi tentulah hasrat itu makin membuak-buak”

“Malah, saya tidak pernah putus berdoa kepada Allah meminta petunjuk adakah Genervie orang yang tepat sebagai calon isteri dan jawapannya memang dia. Saya yakin dia adalah orangnya dan mahu membimbing dia sebaik mungkin”

“Saya juga tidak mahu mendesak atau memberikan tekanan kepadanya dalam soal agama jadi biarlah ia berjalan secara berperingkat,” katanya kepada mStar Online. Semoga perjalana Hazama menuju gerbang perkahwinan akan dipermudahkan. (rtky/s)

6- Hazama Akui Keinginan Kahwin Membuak Buak - ROTIKAYA 5- Hazama Akui Keinginan Kahwin Membuak Buak - ROTIKAYA 4- Hazama Akui Keinginan Kahwin Membuak Buak - ROTIKAYA 3- Hazama Akui Keinginan Kahwin Membuak Buak - ROTIKAYA 2- Hazama Akui Keinginan Kahwin Membuak Buak - ROTIKAYA 1- Hazama Akui Keinginan Kahwin Membuak Buak - ROTIKAYA
Download