AKTRES Fasha Sandha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan viral menerusi laman sosial kerana foto dia tampil seksi ketika bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan bersama-sama anaknya dimuat naik.
Jika sebelum ini kes perceraiannya menjadi tumpuan di media sosial, kini, sekali lagi, Fasha Sandha menarik perhatian peminatnya ekoran memuat naik gambar seksi melalui akaun Instagram miliknya.
Kali ini pakaian yang dipakai Fasha turut menjadi bahan kritikan ramai netizen.
Seperti biasa, ruang komen menjadi medan untuk individu itu menghakimi, mengkritik seseorang itu. Selain masing-masing menyuarakan pendapat berkaitan pakaian yang dianggap kurang sopan.
Anda bacalah sendiri apa yang diperdebatkan oleh peminat fanatik Fasha dengan ‘haters’.