VISUAL seorang lelaki bersenjatakan kapak cuba serang pasangan suami isteri di sebuah persimpangan lampu isyarat dalam kejadian di Jalan Sungau Ujong, Seremban tersebar di media sosial.
Dalam kejadian berlaku pukul 3 petang itu, suspek berusia 19 tahun itu dikatakan naik berang setelah mangsa yang berada di belakangnya membunyikan hon kerana tidak bergerak apabila lampu isyarat bertukar hijau.
Menurut info yang dikongsikan menerusi laman Facebook mangsa, dia menyatakan sebelum kejadian, suspek yang memandu Protan Saga dilihat menggunakan telefon bimbit ketika lampu isyarat telah bertukar kepada hijau.
Ini membuatkan mangsa segera membunyikan hon agar dapat menyedarkan mangsa sendiri.
Pihak polis kini dikatakan telah mengenal pasti individu bersenjatakan kapak terbabit setelah nombor plat kenderaan suspek tersebut dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, kes terbabit bermula dengan pertelingkaran sebelum suspek mengeluarkan kapak dan mengacukan kepada mangsa.
“Tindakan suspek dirakam isteri mangsa sebelum dimuat naik ke laman sosial. Kes itu menjadi viral dan mangsa tampil membuat laporan pada 10.12 malam tadi.
“Hasil laporan itu, siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. Kita sudah mengenal pasti suspek dan tangkapan akan dibuat,” katanya.-