“Syura Paksa Saya Ceraikan Dia” – Mohd Fadhly


Jika sebelum ini, penyanyi Syura pernah mengatakan bahawa dia diceraikan talak dua, baru-baru ini suaminya Mohd Fadhly menjelaskan, Syura sendiri yang mahu dia diceraikan selain mahu menerangkan salah faham yang berlaku di antara mereka.

BACA: Syura Akui Dirinya Diceraikan Dengan Talak Dua

“Saya masih sayangkan Syura. Selepas mahkamah mengesahkan lafaz rujuk, dia tidak pernah berhasrat untuk kembali taat kepada saya sebaliknya beberapa kali meminta saya lepaskannya”

“Saya akhirnya bersetuju kerana saya sayangkan dia dan sedar tiada guna saya memaksanya untuk meneruskan perkahwinan kami kerana dia sudah tawar hati,” katanya kepada mStar Online. Tambah Fadhly, dia tidak pernah mengabaikan isterinya itu sebaliknya namun Syura mula berubah sikap selepas menjuarai program Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua.

Fadhly memberitahu mereka bercerai buat kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 19 Ogos tahun lalu dan bercerai kali pertama pada 29 September 2014 sebelum mengambil keputusan kembali rujuk pada 10 November tahun sama. (rtky/s)

Download