Farah Asyikin Tak Malu Jual Pakaian Dalam


Jika ketika ini, ramai di antara barisan selebriti menceburi bidang penjualan hijab, ia sesuatu yang berbeza buat penyanyi Farah Asyikin apabila dia pula menjual pakain dalam dan juga baju tidur seksi.

BACA: Suami Farah Asyikin Tak Mahu Bercerai, Gagal Bawa Wakil

“Lumrah bagi masyarakat tempatan, terutama wanita betudung yang agak keberatan untuk mendapatkan pakaian dalam di butik tertentu. Mereka mungkin segan dengan pandangan skeptikal segelintir pihak, sedangkan perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu”

“Bertitik tolak daripada itu, saya mula terfikir untuk menjalankan perniagaan ini. Mungkin ada yang kurang selesa, tetapi niat saya ikhlas ingin memudahkan wanita bertudung mendapatkan pakain dalam yang menjadi kegemaran mereka”

“Sebagai wanita bertudung, saya akui pernah berdepan situasi yang sama. Jangankan membeli, untuk memulakan perniagaan ini juga saya serba salah,” katanya yang menjalankan perniagaan tersebut secara online di bawah jenama Zawjahs Garden.

Sementara itu, Farah juga turut merancang untuk turut memperkenalkan koleksi hijabnya tidak lama lagi. Menyentuh kisah penceraiannya, kes cerai tersebut dijangka selesai pada 20 Januari ini. (rtky/s)

Download