KUALA LUMPUR – Luahan hati Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, suami kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendapat perhatian beberapa blog.
Dua blog iaitu Celah Gelegar (http://celahgelegar.blogspot.com) dan The Flying Kick (http://theflyingkick.blogspot.com) menyiarkan semula luahan yang disuarakan Raja Ahmad Shahrir menerusi Twitter miliknya sejak November lalu.
Antara luahan Raja Ahmad Shahrir, 35, kepada Nurul Izzah, 33, adalah:
1 Januari:
“Take care sayang, sleep tight
Izzah, my Princess of the misty light;
New resolution, for the upcoming;
New year, new dawn, new beginning”
(Jaga diri sayang, tidur lena Izzah,
Puteriku dalam cahaya yang berkabus;
Azam baharu untuk tahun baharu;
Fajar baharu, permulaan baharu)
29 Disember:
“mulanya duka kini lara
teman tiada hanyalah sendu
bila rindu mula membara
itulah tanda cinta padu”
27 Disember:
“Almighty God, it is only to You I depend on to hear and answer my sincere and heartfelt prayers. Grant me this and I will be forever grateful”
(Tuhan yang Maha Kuasa, hanya kepada Engkaulah aku berserah untuk mendengar dan memakbulkan doa-doaku yang jujur dan tulus ikhlas. Makbulkan doaku dan aku akan bersyukur buat selama-lamanya)
27 Disember:
“Sesungguhnya kehidupan ini bukan mudah, kita sama-sama kuatkanlah iltizam untuk memperbaiki keadaan, Allah akan menghulurkan bantuan-Nya pada kita”.
27 Disember:
“Turunkanlah kasih sayang pada hamba-Mu dan keluarga hamba-Mu ini, kuatkanlah ikatan kebahagiaan rumah tangga sehingga ke akhir hayat kami”.
27 Disember:
“Lindungilah kami dari pengaruh syaitan yang direjam dan bantulah kami hamba-hamba-Mu agar memahami dan mendalami agama-Mu secara ikhlas”.
27 Disember:
“God is Great, to Him we submit. Our lives, choices and feelings are of Your grace. Hear out your humble servant, let not she be disgraced”
(Tuhan Maha Besar, kepada-Nya kita berserah. Hidup, pilihan dan perasaan kami bergantung kepada sifat Maha Pemurah-Mu. Dengarlah rintihan hamba-Mu yang hina ini, jangan biarkan dia dimalukan).
19 Disember:
“Simbahan cahaya bulan mengembang,
Bayangan sebalik pokok gaharu,
Kalau bahaya menimpa abang,
Jagalah Harith, Safiyah semampu”
18 Disember:
“Bulan purnama menerangi malam yang dingin di Kerteh, tidak dapat mengubati rindu kepada isteri dan anak-anak”
9 Disember:
“Aku memohon pada-Mu agar hati yang keras menjadi lembut, dan perasaan kasih sayang, sikap toleransi, sabar menjadi lumrah kehidupan kami.”
3 Disember:
“Lancang kuning lancang pusaka,
Nampak dari Tanjung Tuan,
Kalau kering laut Melaka,
Barulah saya lupakan puan”.
29 November:
“Masuk hutan berburu musang,
Musang mati diselit seluar,
Macam mana hati tak bimbang,
Ayam di sangkar disambar ular”.
29 November:
“Akar nibong meresap-resap,
Tanah Segambut dibawa perahu,
Kampung terbakar keluar asap,
Hati terbakar siapa yang tahu”.
28 November:
“Mendoa mengenang arwah tok yan,
Bertongkat dagu membawa diri,
Mata mengantuk mahu dilayan,
Mengharap rindu si tuan puteri.”
- Utusan
Raja Shahrir Kata Dia Rindu Isterinya
Pemeriksaan rekod mahkamah oleh The Star Online mendapati kes perceraian antara Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan suaminya itu wujud.
Nurul Izzah, 33, membuat tuntutan fasakh bagi membatalkan perkahwinannya dengan Raja Ahamd Shahrir Iskandar, 35, pada akhir Disember tahun lalu.
Raja Ahmad Shahrir Iskandar dipercayai menerima notis tuntutan itu pada 16 Januari lalu.
Bagaimanapun beliau meminta prosiding berkenaan ditangguhkan selama dua minggu bagi membolehkan pihaknya menyedikan dokumen berkaitan.
Berdasarkan tweet suami Nurul Izzah pada Disember dan November tahun lalu, jelas bahawa beliau sedang berada dalam kesedihan. Beliau juga menyatakan kasih sayang terhadap isteri beliau Nurul Izzah dan anak-anak mereka.
Antara tweet-tweet tersebut ialah:
Raja Ahmad Shahrir
Take care sayang, sleep tight Izzah, my Princess of the misty light; New resolution, for the upcoming; New year, new dawn, new beginning
Raja Ahmad Shahrir @RajaShahrir
Berikut adalah tweet dari suami Nurul Izzah:mulanya duka kini lara, teman tiada hanyalah sendu, bila rindu mula membara, itulah tanda cinta padu
Simbahan cahaya bulan mengembang , Bayangan sebalik pokok gaharu, Kalau bahaya menimpa abang, Jagalah Harith, Safiyah semampu
Bulan purnama menerangi malam yang dingin di Kerteh, tidak dapat mengubati rindu kepada isteri dan anak2 http://instagram.com/p/iCnzw2GZZ8/
Raja Ahmad Shahrir @RajaShahrir
A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person
Ya Allah, bantulah hamba2 yg bermunajat kepadaMu ke arah kebaikan. Bukakanlah hati kami ke arah kesatuan. Engkau sajalah tmpt kami meminta.
“The older I get, the less time I want to spend with the part of the human race that didn’t marry me.” ~ Robert Brault
Aku memohon padaMu agar hati yg keras menjadi lembut, dan perasaan kasih sayang, sikap toleransi, sabar menjadi lumrah kehidupan kami
Raja Ahmad Shahrir @RajaShahrir
Lancang kuning lancang pusaka, Nampak dari Tanjung Tuan, Kalau kering laut Melaka, Barulah saya lupakan puan
Tweet berikut seperti ditujukan kepada isterinya yang bakal diambil orang
Masuk hutan berburu musang, Musang mati diselit seluar, Macam mana hati tak bimbang, Ayam disangkar disambar ular
Raja Ahmad Shahrir @RajaShahrir
Akar nibong meresap-resap, Tanah Segambut dibawa perahu, Kampung terbakar keluar asap, Hati terbakar siapa yang tahu
Raja Ahmad Shahrir @RajaShahrir
Mendoa mengenang arwah tok yan, Bertongkat dagu membawa diri, Mata mengantuk mahu dilayan, Mengharap rindu si tuan puteri.