Pada 18 Ogos 1587 sebuah keluarga bernama Virginia Dare telah belayar dari Britain ke Amerika Syarikat bersama-sama sekumpulan peladang untuk meneroka tanah baru di sana. Kapal mereka terus belayar menuju ke Pulau Roanoke di utara Carolina.
Apabila tiba di sana sepuluh orang peladang bercadang menetap di pulau itu bagi memulakan kehidupan baru sambil meneroka tanah di pulau tersebut.
Setelah berbincang dan bersetuju dengan keputusan mereka kapten kapal berjanji akan datang semula membawa rakan-rakan peladang lain untuk bersama-sama meneroka pulau itu. Setelah mengucapkan selamat tinggal para peladang mula merancang dan bersedia memulakan penerokaan tanah bagi menubuhkan penempatan baru. Sebulan telah berlalu dan kapten kapal itu kembali semula ke pulau itu bersama-sama lebih seratus orang peladang.
Setelah berlabuh, kapten kapal mula merasa kehairanan kerana tiada perubahan di pulau tersebut. Ia kekal seperti sebulan yang lalu. Tiada langsung tanda-tanda kawasan itu diterokai dan penempatan yang wujud di situ. Yang lebih menghairankan ke mana menghilangnya sepuluh peladang yang ditinggalkan sebulan yang lalu? Kapten kapal dan kesemua para peladang mula mencari jejak mereka. Setelah lama mencari tiada seorangpun ditemui.
Setelah berbincang wakil pihak seratus peladang itu ingin menetap di pulau itu untuk membina penempatan baru sambil bersama-sama mencari sepuluh orang peladang yang hilang itu. Kapten kapal bersetuju lalu mengucapkan selamat tinggal dan berjanji akan melawati mereka dalam sebulan dua lagi. Kapal terus belayar meninggalkan pulau tersebut dan menuju ke England.
Masa berlalu, seperti yang dijanjikan kapten kapal datang semula melawati para peladang di pulau tersebut. Sekali lagi kapten kapal kehairanan ia masih sama keadaan asal. Sunyi sepi dan tiada langsung tanda-tanda penempatan manusia di pulau itu.
Kapten kapal mula mencari bersama-sama penumpang kapalnya meredah dan mencari setiap genap pulau tersebut. Keputusannya tetap sama seperti yang lalu tiada seorang peladang ditemui yang ada hanyalah tulisan 'CRO' yang diukir di sebatang pokok manakala 'CROATAN' di pokok sebelah.
Croatan itu bermaksud nama pulau bersebelahan dengan pulau Roanoke. Kapten kapal terus pergi ke pulau Croatan untuk mencari kesemua peladang tersebut. Sebaik tiba di sana ia tetap sama seperti pulau Roanoke, tiada tanda kewujudan manusia apatah lagi penempatan.
Sehingga kini tiada jawapan yang dapat diuraikan sehinggalah masa kini. Antara persoalan-persoalan yang ada bagaimana ke mana menghilangnya kesemua peladang tersebut? Bagaimana mereka berpindah ke sebelah pulau tanpa ada sebarang pengangkutan?
Adakah mereka telah dibunuh tapi tiada kubur atau tulang manusia dijumpai? Adakah mereka diserang oleh lanun dan diculik oleh mereka tapi tiada langsung tanda pergelutan dan senjata atau darah ditemui? Adakah mereka telah diculik untuk dijadikan hamba? Atau telah diculik oleh makhluk asing? Ataupun telah memasuki alam ghaib? Begitupun pelbagai persoalan dan andaian misteri kehilangan kesemua peladang tersebut tetap tidak menemui jawapannya....