Hidup lebih senang hanya dengan Penyepit Baju.Lihat!


Penyepit Baju sememangnya direka khas untuk menyidai baju di jemuran.Malam ni sambil layan bola ingin rasanya berkongsi dengan semua bagaimana penyepit baju dapat memudahkan kerja-kerja harian dengan teratur.

Hidup lebih senang hanya dengan Penyepit Baju.
Percayalah..


1. Roti tahan lama
Ikat plastik roti dengan penyepit untuk mengelakan ia daripada masuk angin atau serangga yang tidak diingini.



2. Jari lebih selamat
Pinkan mancis dengan penyepit dan gunakan ia untuk bakar sampah di belakang rumah ataupun semasa nyalakan lilin.Hahaha...
tak pernah terpikir pun...




3. Nyah cahaya di bilik tidur
Gunakan penyepit baju untuk tutup kedua-dua bahagian tirai langsir.


4. Luruskan kebun anda
Kepit penyepit baju dibahagian batang tanaman dengan kayu yang dicucuk untuk biar ia tumbuh tegak.

5. Asingkan wayar
Kepit wayar dengan aneka penyepit untuk menyenangkan kita kenal wayar HiFi,TV,Astro dan Pemain DVD.

6. Atur pakaian dalam almari
Ambil 4 tie anda dan sepit dengan satu hanger.

7. Tanda bahagian penting
Gunakan penyepit baju untuk beri tanda pada mukasurat yang berkaitan. Kalau nak tanda satu bab pun boleh.

                                          Selamat mencuba!

Download