Baru Je Tengok Rumah Unik Tengah Jalan,Dah Kena Roboh


Mungkin anda tertanya-tanya, mengapakah sebuah rumah besar ini boleh berada di kawasan tengah lebuhraya. Secara uniknya yang kita lihat, ada rumah yang dibina di atas pokok dan sebagainya. Namun apa yang kita lihat ini, ia berada di lebuhraya. Pada mulanya, admin berpendapat, rumah ini berpuaka sehingga ia tidak boleh diruntuhkan, namun ia berlaku sebaliknya.



Sebuah bangunan lima tingkat yang terasing ini tetap teguh berdiri di tengah-tengah lebuh raya yang baru di buka. Lebuh raya tersebut terletak di Wenling, Wilayah Zheijang, China.

Sebuah keluarga dari kampung Xiazhangyang berkeras untuk tetap tinggal di bangunan tersebut kerana mereka tidak berpuas hati dengan kadar pampasan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan.




Seperti yang dilaporkan oleh China Daily yang dikutip oleh AsiaOne, Jumaat (23/11/2012), bangunan yang berada tepat di atas lebuh raya tidak diruntuhkan kerana keluarga berkenaan tidak mahu menerima pampasan dari pihak kerajaan.

Sedangkan, jiran-jiran mereka yang lainnya yang tinggal bersama di dalam bangunan tersebut telah pun berpindah keluar ke tempat yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu di Stesen Wenling.

Tup-tup berita dari Kosmo hari ni dah kena roboh...kesiann

Rumah tengah lebuh raya dirobohkan

BEBERAPA buah jentera berat digunakan untuk merobohkan rumah Luo Baogen selepas dia dan isterinya bersetuju untuk menerima pampasan sebanyak AS$41,000.

BEIJING - Pihak berkuasa China telah merobohkan rumah lima tingkat yang terletak di tengah-tengah sebuah lebuh raya baharu dan menjadi kontroversi baru-baru ini.

Ketua kampung Xiayangzhang, Chen Xuecai memberitahu AFP bahawa rumah itu diroboh semalam selepas pemiliknya yang juga seorang penternak itik, Luo Baogen setuju untuk menerima pampasan sebanyak AS$41,000 (RM124,615).

Luo menjadi satu-satunya pemilik rumah yang enggan keluar dari kawasan yang telah diratakan untuk dijadikan lebuh raya di wilayah Zhejiang itu.

Luo baru sahaja menyiapkan rumahnya dengan kos AS$95,000 (RM288,743) sebelum kerajaan menawarkan pampasan sebanyak AS$35,000 (RM106,379) supaya berpindah,

Tidak jelas kenapa Luo menerima tawaran tersebut. Menurut Chen, Luo sudah penat dengan perhatian media dan menerima tawaran itu secara sukarela.

Pihak berkuasa China biasanya memberi tekanan kepada pemilik tanah atau rumah supaya bersetuju menerima pampasan dalam usaha meneruskan pembangunan. - AFP

Download