Rahsia Tubuh Aktif Di Usia 50 an Ala Madonna


 































 
 
 
 
 
Usia Madonna kini telah mencapai angka 53 tahun. tapi di usianya yang sudah tidak boleh di kira muda lagi ini, Madonna tetap kelihatan segar bugar dan Aktif. Bagi mereka yang tidak tahu boleh saja menganggap Madonna yang muda 10 tahun dari usia sebenarnya. tapi apa resepi rahsia Madonna?

Gunner Peterson adalah pengajar fitness yang bertanggung jawab ke atas kecergasan dan pembentukan otot Madonna. Selain itu, dia juga adalah pengajar fitness untuk Jennifer Lopez, Bruce Willis, Sylvester Stallone dan Gwyneth Paltrow. Ditanya tentang rahsia tubuh pada usia 50-an, Gunner memberikan sedikit respon:.

T: Bagaimana supaya boleh fit seperti Madonna?

J: Kuncinya adalah komitmen yang kuat. Diperlukan dedikasi untuk bersenam, mengatur pola makan, dan dedikasi untuk tidur atau istirehat. Jika kita gagal dalam salah satu kategori itu, kesannya akan dapat melalui fizikal.

T: Adakah faktor genetik yang dimiliki Madonna?

J: Tidak, ia mendapatkannya kerana latihan dan kerja keras.

T: Latihan apa yang difokuskan pada Madonna?

J: Yang utama adalah melatih kekuatan tulang. Biasanya dia berlatih kekuatan 30-60 minit, selepas itu gerakan seperti yoga selama 30-60 minit,

T: Bagaimana dengan nutrisi dan diet?

J: Saya selalu menekankan pada orang untuk makan makanan yang segar berkhasiat, seperti buah, sayur, dan protein berkualiti tinggi untuk tenaga.

T: Susah ke bagi orang berusia di atas 50 tahun untuk selalu fit?

J: Akan lebih mudah jika kita sudah memulakannya sejak muda. Namun tidak ada perkataan terlambat.

T: Berapa maksimum kita boleh berusaha?

J: Ini tentang mindset. kurangkan masa latihan 10 minit untuk melakukan pemanasan.
__._,_.___
Download