Negara Paling Gembira: "British Marah-marah"


 
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


World Happiness Report yang baru sahaja diterbitkan menyaksikan Britain menduduki tangga ke-18, masih tergolong 20 negara teratas. Namun, dikatakan bahawa orang British,  lebih sedih jika dibandingkan dengan orang Costa Rica, Israel, dan Amiriah Arab Bersatu. 

The Guardian dalam respons terhadap laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, secara sinis mempersoalkan:  Tidak gembira di Britain?  Manakah negara yang meletakkan senyuman di muka anda?"  Orang British tidak sentiasa senang hati, seperti orang Australia, Irish, dan Amerika yang masing-masing menduduki tangga kesembilan, ke-10, dan ke-11, tidak perlu melihat Eropah Utara, iaitu Denmark, Norway, Finland, dan Belanda yang menduduki senarai teratas. 

Tambah akhbar itu lagi,  "Kami ingin dengar jika anda fikir anda rasa gembira di luar negara.  Ke manakah anda akan pergi jika anda meninggalkan United Kingdom?  Bagaimana adakah fikirkan anda dapat hidup lebih baik di luar negara?"  Mungkin Bhutan, negara di Himalaya dapat memberikan pengajaran kepada kita semua untuk hidup gembira.
__._,_.__
Download