OWH.... WANITA INI MEMPUNYAI KAKI TERBALIK


TIADA seorang pun mahu dilahirkan dalam kea­daan cacat. Apatah lagi ke­la­hiran itu akan menyusahkan hi­dup mereka sepanjang hayat. Be­gitulah nasib yang dialami oleh se­orang wanita dari wilayah Chong Qing, Selatan China, Wang Fang, 27, dilahirkan dalam kedudukan ke­dua tapak kakinya terpusing ke be­lakang.

Semasa kecil, Wang terpaksa belajar berjalan dengan betul wa­lau­pun tapak kakinya terbalik ke be­la­kang. Ibu jarinya hanya empat ti­dak seperti mana orang yang nor­mal.

Keadaan kedua belah tangannya cacat dan pendek, Wang mampu melakukan kerja rumah dengan sempur­na. Uniknya, dia mem­pu­nyai suami dan anak lelaki berusia, 5 tahun.



“Tidak semestinya orang cacat seperti saya tak boleh melakukan sebarang kerja. Saya mampu mela­kukan kerja rumah seperti mana orang lain, cuma aktiviti saya agak terbatas,” ujar Wang yang bekerja di restoran milik keluarganya.

Wang tidak mahu orang mengge­lar­kannya cacat kerana dia masih mampu melakukan apa saja walau­pun memiliki kedua belah tapak kaki yang unik.

“Saya tidak mahu jadikan alasan cacat kerana tidak boleh buat kerja. Saya masih boleh membuat kerja rumah, malah saya kini menyara keluarga,” jelasnya lagi.

Anak tunggalnya, Xi mempunyai kaki yang normal malah dia tidak seperti ibunya. Suaminya, Zang bekerja di sebuah kilang arang batu turut sama-sama menyara hidup mereka.

“Apa yang berlaku ke atas diri saya adalah satu takdir dan saya perlu bersyukur kerana saya masih boleh bekerja, berkahwin dan melahirkan anak.

“Saya tidak menyesal hidup da­lam keadaan begini. Yang pen­ting, saya perlu hidup untuk ber­sama suami mencari nafkah mem­besarkan Xi sehingga dia berjaya menjadi seorang yang berguna.”

Wang yang masih mempunyai kedua ibu bapa dan adik-beradik berasa gembira kerana mendapat sokongan dari ahli keluarga. Hanya dia seorang saja yang mengalami kecacatan.

Suaminya, Zang, 31, bangga dengan kesungguhan Wang ke­rana tidak putus harapan dengan keadaan nasibnya itu. Zang menyi­fatkan Wang seorang isteri dan ibu yang berdaya saing.


“Walaupun keadaannya cacat, Wang menunjukkan komitmen yang tinggi tanpa rasa jemu. Dia tidak mahu berserah kepada takdir semata-mata kerana kecacatannya itu.

“Saya hormati dia kerana tang­gung­jawab dan kerjasama yang di­be­rikan sepanjang mendirikan ru­mah tangga. Wang sangat hebat dan baik hati,” ujar Zang lagi.

Jirannya, Xipeng, 36, mengang­gap Wang seorang wanita yang ti­dak pernah rasa jemu dengan kepa­yahannya. Selain bekerja, dia me­nye­diakan makan minum suami dan menguruskan anak. Dia akan mela­ku­kan kerja sampingan untuk me­nam­bah pendapatan keluarga­nya.

“Saya sungguh kagum melihat semangatnya. Dia seolah-olah tidak cacat. Wang seorang isteri dan ibu yang baik dan ber­tang­gungjawab,” jelasnya lagi.

Seorang lagi jiran tetangganya, Chiang Xiang, 42, Wang seorang ibu yang penyayang. Dia tidak sedikitpun memarahi anaknya walaupun melakukan kesalahan.

“Dia seorang ibu yang baik. Saya amat tertarik dengan cara hidup­nya. Dia tidak mengenal erti penat ke­rana masanya banyak diha­bis­kan dengan kerja-kerja di rumah setiap kali cuti kerja.

“Saya belum pernah melihat orang cacat sepertinya. Dia sangat pantas membuat kerja dan rajin. Dia adalah ibu contoh yang perlu dijadikan iktibar kepada suri rumah lain yang normal,” ujarnya lagi.

P/S Jumpa lagi esok...selamat malam....jangan lupa bangun sahur nanti...:)
Download