Ibu Sibuk TUKAR lampin, Monyet Kunyah Testis Bayi


Testis kanan seorang budak berumur lapan bulan digigit oleh seekor monyet di sebuah kebun binatang di Negeri Guizhou, doktor mengatakan kerosakan itu boleh diperbaiki, Shenzhen TV melaporkan hari ini. Keluarga budak itu mengutuk ketidakprihatinan pengurusan kebun binatang selepas kemalangan yang terjadi terhadap bayinya ia lantas menuntut pampasan terhadap pihak pengurusan kebun binatang.
Seorang pegawai taman mengatakan kepada keluarga mangsa tentang serangan tersebut "itu sudah biasa dan berlaku sepanjang masa." Dia bahkan tidak meminta maaf terhadap keluarga mangsa. Ucapannya tersebut kemudian dirakam dan dipaparkan di berita TV, yang mencetuskan kemarahan di kalangan netizen China. Monyet itu terlepas dari kandang dan bermain dengan tetamu, secara tiba-tiba menyerang budak itu saat ibu sedang menukar lampinnya. "Itu terjadi dalam hitungan detik," kata si ibu, sambil menangis dan berlutut di rumah sakit, memohon doktor untuk menyelamatkan anaknya.

suspek utama


"Tolong selamatkan dia. Dia terlalu muda untuk menanggung semua ini," teriak wanita itu dan hampir jatuh pengsan. Doktor mengatakan, bayi itu tidak dalam bahaya kematian tapi sepertinya anak itu akan kehilangan kemampuan reproduksi kerana testis yang telah dimakan oleh monyet tersebut. Pihak Pengurusan kebun binatang bersetuju untuk membayar 10.000 yuan untuk membayar bil rumah sakit sebagai ganti kos perubatan terhadap kanak-kanak tersebut tapi mereka gagal untuk mencapai perjanjian pampasan dengan pihak keluarga
Download