Wanita berasal dari Xi’an, China, Liu Miaomiao dinobatkan sebagai pramugari paling cantik di dunia dalam satu pertandingan yang dianjurkan World Air Stewardess Association (WASA).
Liu memulakan kerjaya sebagai atendan penerbangan di Shenzhen Airlines pada tahun 2010 selepas melalui pelbagai satu siri ujian yang ketat.
Dalam tempon latihan orientasi selama tiga bulan, Liu dan rakan-rakanya dikehendaki mengimbangi mangkuk di atas kepada untuk membentuk postur badan yang sempurna serta menggigit penyepit kayu untuk mengamalkan senyuman yang sempurna.
Memetik China Daily, wanita itu kemudian dinaikkan pangkat kepada ketua atendan pada tahun 2014.
Bercerita mengenai pengalamannya sepanjang bertugas, Liu berkata, ada satu ketika, dia menghadapi cabaran berdepan dengan penumpang yang hilang sabar selepas satu penerbangan dari Beijing terpaksa ditangguhkan, namun dia hanya menenangkan mereka dengan senyumannya.
Pada akhir penerbangan, beberapa penumpang tersebut membuat memohon maaf kepadanya di atas kelakuan buruk mereka.
Dalam pada itu, Liu berkata, kerjayanya membuatkan dia berasa bangga kerana dengan profesionalisme akan memberi inspirasi kepada anak muda untuk menjadi atendan penerbangan apabila mereka besar nanti.