Seks Bebas Di Terengganu, Makin Ramai Hidap HIV


HULU TERENGGANU — Kadar kes jangkitan HIV akibat hubungan seks di kalangan penduduk negeri ini menunjukkan peningkatan 34.6 peratus pada tahun lalu berbanding hanya 15.6 peratus pada 2010.

Menurut laporan Bernama, sebanyak 7.9 peratus melibatkan kes seks bebas iaitu homoseksual dan biseksual kesan peningkatan masalah sosial di kalangan masyarakat.

Kes jangkitan HIV berpunca dari suntikan penagih dadah menurun

Bagaimanapun, kes jangkitan HIV yang berpunca daripada suntikan penagih dadah menunjukkan trend penurunan kerana hanya 102 kes dilaporkan pada tahun lalu berbanding 292 kes pada 2010.

Selain itu, kesedaran penghidap HIV untuk mendapatkan rawatan juga agak rendah iaitu hanya 30 peratus penghidap mendapatkan rawatan terutama di kalangan penagih dadah.

Mengikut rekod, sejak 1988 sehingga Jun tahun ini, sebanyak 9,563 kes HIV dicatatkan di negeri itu.

Pelbagai projek dianjurkan untuk membanteras gejala HIV di kalangan masyarakat di Terengganu.



Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.


Mangsa sebenarnya tidak terjun jambatan??.

Download