Tempoh hari agak kecoh nama Fathia Latiff diperkatakan selepas beliau memuat naik gambar pramugari yang enggan mengangkat bagasinya. Bukan sahaja dikecam hebat oleh peminat, malah beberapa rakan artis yang pernah bekerja dalam industri penerbangan seperti Zarul, Maria Tunku Sabri dan Karl Shafek turut berasa kesal dengan kritikan Fathia terhadap pramugari itu.
BACA: Fathia Latiff Mohon Maaf Pakai Uniform Tentera
“Ramai sahaja VVIP yang menggunakan khidmat saya, tapi mereka sendiri tahu tentang tugas kami, mereka selalunya minta pembantu untuk menganggat beg-beg yang dibawa. Pada saya tiada salahnya jika meminta pertolongan tersebut dengan cara yang lebih baik. Saya sendiri jika diminta angkat beg berat itu akan menolak secara baik dan minta tolong untuk angkat sendiri”
Bagi pelakon dan pengacara, Karl Shafek pula, tindakan Fathia memuat naik gambar berkenaan sehingga menjadi viral tidak seharusnya berlaku. Malah katanya lagi, Fathia juga sepatutnya tidak boleh beranggapan semua krew penerbangan mengenalinya sebagai seorang selebriti dan mengharapkan layanan istimewa diberikan kepadanya ketika dalam perjalanan.
“Mereka kerja siang malam dan kadang-kadang tidak kenal pun artis-artis Malaysia yang ramai, jadi tidak perlu mengharapkan keistimewaan ketika berada di tempat awam. Saya kesal kerana dia muat naik gambar pramugari itu, perkara itu sendiri boleh memalukan pramugari berkenaan,” katanya kepada m Star Online mengenai perkara itu.
Selain itu, Maria Tunku Sabri yang pernah memegang jawatan Ketua Pramugari MAS berkata, mengangkat bagasi penumpang tidak termasuk dalam skop pekerjaan mereka jadi tidak wajar baginya untuk mengkritik tindakan pramugari berkenaan. Kongsinya lagi, selama lapan tahun beliau bergelar pramugari sebelum ini tidak pernah berhadapan dengan kerenah artis sebegini.
Terdahulu, Fathia telah memuat naik gambar seorang pramugari wanita berserta kepsyen mengkritik tindakan wanita berkenaan yang enggan mengangkat bagasinya dengan memberikan alasan sakit belakang. Teruk dikecam peminat yang tidak bersetuju dengan perkara itu, Fathia telah memadam gambar wanita tersebut beberapa jam selepas itu. (rtky/w)