Sebaik sahaja pulang dari berbulan madu di Jepun, Amyra Rosli dan juga Amar Baharin telah pun menjayakan majlis resepsi yang ditaja oleh peminat mereka di Singapura. Majlis yang diadakan di Hotel East Coast tersebut diadakan dengan cukup meriah.
BACA: Gambar Sekitar Bulan Madu Amyra Rosli, Amar Baharin Di Jepun
“Perkara ini tidak ada dalam perancangan kami berdua tetapi apabila wakil kelab peminat di sana menyatakan hasrat untuk menaja majlis kami, saya sambut dengan hati terbuka. Malah saya sangat teruja”
“Istimewanya, majlis ini ditaja mereka sepenuhnya. Segala persiapan disediakan mereka, kami hanya bawa diri. Kata orang rezeki jangan ditolak,” jelasnya kepada Harian Metro sebelum ini.
Sebelum ini, majlis kedua dua belah pihak telah diadakan di Kuala Lumpur. Apa pun, tahniah sekali lagi kepada pasangan ini kerana telah mendirikan rumah tangga dan semoga perjalanan mereka akan sentiasa dipermudahkan. Kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis berlangsung di sana. Enjoice! (rtky/s)