Gara-gara menegur kumpulan yang menyanyikan lagu-lagu Search di Kampung Mak Cun sempena pameran MAHA 2016 baru-baru ini, Amy Search digelar anjing oleh gadis yang juga anak perempuan kepada pemain dram Search, Yazit. Kesal dengan tindakan gadis yang bernama Sheeqa Yazit itu, Amy menganggap gadis itu sebagai biadap dan tidak menghormati orang tua.
BACA: Yazit: Amy Search Tak Ikhlas Ziarah Saya Di Hospital
“Menerusi video yang dimuat naik itu, saya hanyalah menegur gaya dan persembahan daripada kumpulan Restro Spektif yang menyanyikan lagu-lagu Search. Bagi saya, rasa hormat adalah perkara yang paling asas yang perlu ada di dalam setiap individu”
“Saya langsung tidak mengutuk dia dan terkejut apabila dia tergamak meninggalkan komen sedemikian. Siapa dia nak memanggil saya anjing? Sebagai orang muda, dia sepatutnya menunjukkan rasa hormat bukannya mencerca orang lain,” jelasnya kepada Harian Metro.
Umum mengetahui sebelum ini berlaku pertelingkahan diantara mereka, bermula dengan soal bayaran yang tidak diterima oleh Yazit sehinggalah konflik melibatkan isteri Amy yang dikatakan menengking Yazit ketika beliau bertanyakan tentang bayaran. Hal ini berterusan lagi apabila Yazit mendakwa kedatangan Amy melawatnya ke hospital adalah tidak ikhlas.
Dalam masa yang sama, Amy memaklumkan bahawa kejadian ini bukanlah kali pertama berlaku kerana sebelum ini gadis itu pernah beberapa kali menyindir ibadah yang dilakukannya. Apapun, tidak kiralah apa yang terjadi diantara mereka tetapi sebagai anak tidak perlulah mencampuri urusan orang tua. Hormat-menghormati orang tua itu kan penting! (rkty/w)