Wah, tak sangka! Rupanya Nadya Syahera Rosli sudahpun mendirikan rumah tangga.


Wah, tak sangka! Rupanya pelakon, Nadya Syahera Rosli, 23, sudahpun mendirikan rumah tangga


Sumber foto: IG Nadya Syahera 

Nadya mengambil keputusan menamatkan zaman solonya dan telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan, Fizul Nawi, 24 selepas lapan bulan berkenalan.



Menurut Harian Metro, pernikahan mereka dilangsungkan pada 25 September lalu di ibu kota yang hanya bersaksikan keluarga rapat kedua-dua pihak.

“Pernikahan ini bukan sahaja untuk mengelakkan fitnah, malah ia turut melegakan keluarga saya dan Fizul apabila kami selalu keluar serta bercuti bersama. Lalu dengan persetujuan keluarga, kami dahulukan yang wajib sebelum mengadakan majlis kenduri dan persandingan pada pertengahan tahun depan.

“Alhamdulillah, kami sekarang bebas pergi ke mana saja. Dengan peminat juga senang saya nak jawab yang kami sudah menikah. Bagaimanapun, pernikahan ini belum ramai yang tahu jadi Fizul muat naik gambar di Instagram dan membuat sedikit coretan mengenai status kami," katanya kepada Harian Metro.



Menurut pelakon yang mula dikenali ramai menerusi watak antagonis Bella dalam drama bersiri Dia Semanis Honey, dia mengenali Fizul menerusi laman sosial Facebook.



“Tiga bulan berkenalan memang manis namun masuk bulan berikutnya adalah perbalahan kecil namun bagi saya itu adalah adat dalam mana-mana hubungan.

“Apabila ada keserasian, tidak perlulah kami menunggu lama untuk mendirikan rumah tangga,” jelasnya.


Sumber foto: IG Fizul Nawi

Nah, sekarang semua sudah tahu kan bahawa pelakon ini sudah mendirikan rumah tangga. Jadi jangan ada yang gatal bawa cerita bukan-bukan pula bila nampak mereka keluar bersama, ya.
Download

Related Posts :