Tmn Idaman, Serendah Diisytihar Zon Merah, Pddk Diarah Tinggalkan Rumah- PDRM


Pihak polis mengisytiharkan kawasan tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah sebagai kawasan larangan Zon Merah.

Ini kerana usaha membaikpulih dan pemeriksaan kawasan terjejas tergendala berikutan terdapat pergerakan tanah setiap sejam di sekitar kawasan Taman Idaman, Serendah.

Memetik laporan Astro Awani yang membuat tinjauan di tempat kejadian mendapati wujud beberapa rekahan baru dalam tempoh beberapa jam selepas kejadian berlaku dan meningkatkan kebimbangan wujud lebih banyak runtuhan tanah.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam sehubungan itu pihaknya telah mengarahkan 340 penduduk berpindah ke Sekolah Rendah Agama Serendah.

Kesemua 340 penghuni dari 64 keluarga telah berpindah ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Rendah Agama Serendah sekitar jam 2 petang tadi setelah polis memberi jaminan akan keselamatan harta benda mereka,

"Kami minta kerjasama penduduk agar akur dengan arahan ini demi keselamatan mereka.Penduduk tidak perlu merasa khuatir kerana anggota polis akan ditempatkan bagi mengawal kediaman mereka yang ditinggalkan."

sumber foto: portalpakdin.files.wordpress.com
Download

Related Posts :