Janna Nick Mohon Maaf Isu Komen Di Instagram


Semalam kecoh sebentar apabila Janna Nick dihentam teruk oleh peminat selepas beliau memberikan komen mengenai fizikal pelakon Hollywood, Ruby Rose. Hari ini Janna Nick melalui Berita Harian Online memohon maaf secara terbuka mengenai tindakannya mengkritik bentuk badan pelakon itu yang terlalu kurus dan dianggap seperti menghina oleh sesetengah orang.

BACA: Janna Nick Dimaki Mat Saleh Di Instagram

“Saya minta maaf di atas kebodohan saya. Saya sudah lama mengikuti Ruby Rose di Instagram dari zamannya berisi hingga kurus. Saya sendiri tidak tahu wujud terma body shaming iaitu komen atau sikap negatif terhadap saiz dan berat badan seseorang sedangkan saya tidak bermaksud apa-apa. Komen itu sebenarnya saya tulis sejak lima bulan lalu”

“Tapi apabila Instagram mengemaskini sistem, komen saya secara automatik dilihat individu yang saya ikuti di laman bergambar berkenaan. Sebab itu ia menjadi viral namun ikutkan saya malas mahu melayan isu ini. Saya pun awalnya tidak tahu budaya orang sana berhubung komen fizikal secara terbuka adalah sesuatu yang dianggap seperti menghina”

“Saya akan teruskan dengan kerja seni ini. Kalau tidak suka lagu saya jangan dengar radio. Kalau tidak suka lakonan saya, jangan buka TV. Kalau tak suka dengan pemakaian saya dan cara pembawaan diri saya, janganlah mengendap. Tegurlah, saya boleh terima dengan hati terbuka. Kita manusia boleh tahu membezakan perkara positif dan negatif”

Dalam masa yang sama, Janna berharap kesalahan yang dibuat tanpa disedarinya itu tidak tempias kepada artis Malaysia yang lain serta tiada pihak yang menilai buruk terhadap artis tempatan. Walau apapun, sebagai manusia pasti tidak lari daripada melakukan kesilapan, Janna pula sudah memohon maaf, rasanya tidak perlulah memanjangkan isu ini lagi. (rkty/w)

1-janna-nick-mohon-maaf-isu-komen-di-instagram-jpeg 2-janna-nick-mohon-maaf-isu-komen-di-instagram-jpeg 3-janna-nick-mohon-maaf-isu-komen-di-instagram-jpeg 4-janna-nick-mohon-maaf-isu-komen-di-instagram-jpeg 5-janna-nick-mohon-maaf-isu-komen-di-instagram-jpeg 7-janna-nick-mohon-maaf-isu-komen-di-instagram-jpeg

Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.


Mangsa sebenarnya tidak terjun jambatan??.

Download